Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 14, 2024 @ 5:31pm

Tuju Puisi ‘Broken Child’ Buat Fatima, Fazura Titip Pujian & Kata Semangat Buat Puteri Balqis  – “Wise Words From Such  A Young & Brilliant Lady”

Pelakon berbakat, Puteri Balqis mencuri tumpuan selepas berkongsi bait-bait tulisan puisi yang ditujukan buat anak tunggal pasangan Fazura dan Fattah Amin iaitu, Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Balqis memuat naik hantaran tertera tulisan berjudul ‘Buat adikku, Fatima’.

Hantaran yang berbentuk bait puisi itu jelas menunjukkan pesanan yang ingin ditujukan buat tatapan Fatima kelak.

Menurut Balqis, dia berharap agar Fatima cekal dan tabah dalam menjalani kehidupan selepas ibu bapanya berpisah sekaligus berharap agar anak kecil itu  tidak melupakan kasih sayang yang dicurahkan serta tanggung jawab Fazura dan Fattah dalam membesarkannya.

“Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu, dik. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak, tidak sekali-kali diabai walau keadaan memaksa. Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu, dik.

“Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma. Bising seketika. Maka, biarkan dengan ilusi mereka.

“Bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, sepertimana yang mereka gembar-gemburkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish berkata, netizen di luar sana hanya mampu membuat spekulasi berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja.

“Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku pada aku, satu waktu dulu. Mereka mengharapkan aku membenci ibuku sehingga ada yang menulis, dia bakal bunuh ibunya sendiri. Sedangkan apabila tiba waktunya, aku lebih membenci mereka.

“Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar, selama lebih 10 tahun. Tapi sekali dibuka, maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib. Aku saksi kecil, yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka kini, aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.

“Malah, kasih aku pada ibuku semakin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya penyesalan, kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat, dan orang-orang industri.

Walaupun menganggap cerita kehidupannya berbeza dengan Fatima, namun dia percaya bahawa anak tunggal pasangan itu akan membesar dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

 

Tidak habis disitu, Fazura kelihatan turut meninggalkan respons pada hantaran berkenaan.

Kata Faz, Balqis bukan sahaja seorang anak yang baik tetapi juga bijak dan terpuji.

“Masya-Allah TabarakAllah. Wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik baut kami khususnya anakanda, Fatima.  You are admirable.

“Semoga Balqis terus kuat dan berjaya duani akhirat, Aamiin, ” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Pemergian Yang Sangat Dicemburui, Meninggal Pada Bulan Yang Mulia” – Pemergian Vidi Aldiano Beri Impak Pada Nora Danish 

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak susulan pemergian penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, teman rapat dan peminat arwah.

Featured Mon, 7 Jun 2021

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua, Lilibet Diana

Selepas mengumumkan berita kehamilan  sembilan bulan lalu, Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan. Pasangan itu menamakan anak kedua mereka sebagai Lilibet “Lili” […]

LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019

Ulam Pegaga Merawat Insomnia dan Melancarkan Peredaran Darah

Ulam Pegaga Amat Popular Di Luar Negara Kerana Khasiatnya Yang Dipercayai

Featured Sat, 21 Jan 2023

Money Matters Kini Kembali Dengan Musim Baharu, Kupas Isu Ekonomi & Perdagangan

Kini kembali dengan musim baharu, Money Matters dihoskan oleh empat orang yang berpengalaman dan berkaliber iaitu Zahir Kelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammad Ahmad Hamdan dan Anita Woo dalam membincangkan mengenai topik-topik menarik. Rancangan bual […]

error: Content is protected !!