Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2026 @ 2:29pm

“Pemergian Yang Sangat Dicemburui, Meninggal Pada Bulan Yang Mulia” – Pemergian Vidi Aldiano Beri Impak Pada Nora Danish 

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak susulan pemergian penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, teman rapat dan peminat arwah.

Kata Nora, pemergian arwah Vidi Aldiano sebagai satu perpisahan yang ‘dicemburui’ kerana ia berlaku dalam bulan yang penuh keberkatan.

“Masyaa-Allah pemergian yang sangat dicemburui. Kasih sayang Ya Rabb padanya,” katanya.

Menurut Nora, ujian kesakitan yang dilalui Allahyarham sebelum ini serta pemergiannya pada bulan yang mulia dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.

Malah, ibu anak dua itu turut berasa tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan dalam kalangan rakan industri terhadap Allahyraham selain kebaikan dan sokongan yang diberikan Vidi ketika hayatnya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

“Kerana diuji dengan kesakitan dan meninggal pada bulan yang mulia. Kasih sayang hamba Allah pada arwah yang dapat dilihat setelah dia tiada.

“Ramai yang menziarah dan juga mendoakan. Tenanglah kau disana,” katanya lagi.

Sekadar info, Vidi Aldiano meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas enam tahun berjuang melawan penyakit kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Mon, 23 May 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
error: Content is protected !!