Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 21, 2023 @ 4:07pm

Money Matters Kini Kembali Dengan Musim Baharu, Kupas Isu Ekonomi & Perdagangan

Kini kembali dengan musim baharu, Money Matters dihoskan oleh empat orang yang berpengalaman dan berkaliber iaitu Zahir Kelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammad Ahmad Hamdan dan Anita Woo dalam membincangkan mengenai topik-topik menarik.

Rancangan bual bicara perniagaan dan kewangan ini akan mula disiarkan di  TV3 pada 21 Januari 2023, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang.

Money Matters pada musim ini lebih memberi fokus berkaitan jangkaan kelembapan dalam ekonomi dan perdagangan global. Adakah perniagaan di Malaysia bersedia untuk ini?

Musim baharu ini penonton dapat sama-sama menyaksikan perbincangan mengenai isu negara,  antaranya menangani isu berhubung rasionalisasi subsidi, menambah hasil asas cukai negara melalui pelbagai kaedah yang tidak membebankan, dan menangani kekurangan buruh.

Selain daripada topik pembentangan semula Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari ini.  Money Matters akan turut membincangkan isu yang memerlukan perhatian daripada kerajaan perpaduan kerana Perdana Menteri kita ingin melaksanakannya mengikut reformasi beliau.

Bakal disiarkan pada 21 Januari bersama hos Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah yang akan memberi pencerahan kepada penonton mengenai peluang dan cabaran baharu untuk perniagaan Malaysia pada tahun baharu ini.

Program ini akan terus menampilkan personaliti korporat berprofil tinggi.

Josephine Dass selaku  Penerbit Eksekutif dan Editor, akan terus memimpin produksi Money Matters dan dibantu oleh Penerbit, Mimi Azeera Abdullah dan Amelia Azharul Nahar untuk setiap episod. Program ini diterbitkan oleh Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima.

Money Matters boleh distrim secara langsung di http://www.tonton.com.my dan dapatkan perkembangan terkini program di akaun rasmi Twitter @MoneyMattersTV3.

Bagi maklumat lanjut dan perkembangan baharu program TV3, layari http://www.xtra.com.my dan ikuti laman sosial media rasmi Facebook, Twitter & Instagram di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Dec 2022
Trending Thu, 16 May 2019

为何手术服是蓝绿色?穿错恐致命

每当提起医护人员,通常大家脑海里浮现都是「白大褂」模样,但你可曾想过,为何手术室里的医生,通常都是穿着「蓝绿色」而非常见的白色或其他颜色?

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Featured Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Featured Tue, 26 Sep 2023

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Moga Bella makin kuat dan bertambah gojes. Terbaik lah Mamu!🙌

Featured Sun, 31 May 2020
Anugerah Sat, 22 Jul 2023

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Rezeki tak pernah salah alamat.. Congrats Bell Ngasri! Yak Yak Yey

error: Content is protected !!