Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 22, 2021 @ 6:30pm

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti.

Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari depan, Ogy juga percaya mereka harus menghargai setiap ilmu dalam bidang seni.

“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Sudah tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja… Ia bukan begitu,” kata Ogy.

Pernah terbabit dalam banyak cabang seni, usia pembabitan Ogy dalam industri hiburan Malaysia sudah mencecah lima dekad.

Menurut Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 ini, dia mahu meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.

“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.

“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.

“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.

“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.

Ogy berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik pada Sabtu.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.

Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.

Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 17 Jan 2023

“Saya Terkejut…” – Nyanyian Ada Peningkatan, Khai Bahar Kagum Semangat Nabila Razali

Penyanyi Khai Bahar memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan rakan duetnya menerusi lagu Selagi Kau Ada, Nabila Razali apabila penyanyi itu tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi lebih baik. Menurut Khai, terlalu […]

Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Trending Thu, 11 Jan 2024
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Imaginasi Terlalu Tinggi, Anak Achey Minum Air Menerusi Permainan Mudah Alih

Pelawak terkenal, Achey terkejut apabila anaknya, Nur Tiara Zinnirah ‘minum air’ menerusi permainan mudah alih di telefon pintar.   View this post on Instagram   A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung) Menerusi […]

error: Content is protected !!