Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 27, 2026 @ 8:56pm

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa syukur apabila perniagaannya semakin mendapat sokongan ramai.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini.

“Alhamdulillah, saya percaya rezeki Allah yang aturkan. Ramai kecam tapi saya percaya rezeki ini daripada Allah SWT.

“Saya memang dah pasang niat nak bayar zakat tahun ini banyak-banyak sebab tu saya bertungkus-lumus kerja sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Sasha mengakui dia  juga berhasrat untuk membawa ahli keluarga bercuti ke luar negara.

“Saya dah pasang niat nak bahagiakan keluarga tahun ni, bercuti pergi luar negara, bawa pekerja pergi company trip,” katanya.

Sebelum ini, nama Sasha teruk menerima kritikan netizen selepas dia berkongsi membuat rawatan laser bahagian kemaluannya sehingga ditegur oleh pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun.

Artikel Berkaitan:  Isu Rawatan Laser Alat Kemaluan, Sasha Abdul Aziz Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun – “Saya Tak Berniat Singgung Sesiapa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Apr 2021
Trending Thu, 11 Jun 2020
Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FANS NO LONGER ABLE TO SEND GIFTS TO BTS

Sending presents are often seen as a sign of love, appreciation and admiration. Unfortunately, fans are no longer allowed to send BTS members gifts.

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

ARTIS ‘2L’ PULA KONGSI TARIKH SAMA DAPAT ANAK

Artis ‘2 L’ yang dimaksudkan tidak lain ialah bekas vokalis kumpulan Kristal, Mohamed Razlan,32,  yang kini bergelar Lan solo dan  bekas penyampai radio, Rozlindah Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn, 

Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!