Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2024 @ 6:55pm

[VIDEO] Akui Introvert, Marissa Dania Hakim Minat Bisnes – “Kalau Saya Tak Jadi Pempengaruh…”

Pempengaruh sensasi dan anak pelakon Norman Hakim, Marissa Dania memaklumkan dirinya seorang individu introvert yang tidak gemar bergaul dengan orang luar, sebaliknya hanya menumpukan pada diri sendiri.

Marissa berkata demikian menerusi sebuah video temu bual jenama produk kecantik yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam video berkenaan, gadis berusia 19 tahun itu menjawab dua pertanyaan berkenaan dirinya iaitu perwatakannya serta pekerjaan atau kerjaya sekiranya dia bukan pempengaruh.

“Marissa minat bisnes, kalau saya tak jadi influencer mungkin saya akan menjalankan perniagaan,” katanya menjawab persoalan sambil disolek.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah meraih pelbagai respons daripada netizen yang turut memuji kecantikannya.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak meluahkan rasa kecantikannya itu tidak setanding dengan perwatakannya yang memilih untuk menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam.

@lovaacosmetics.hq

2 soalan mengenai diri Marissa#lovaacosmeticshq #sakakeninglovaa #fyp #fypシ #xyzbca #masukberanda

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 350,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Pada September lalu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam sehingga bercerai bersama isteri pertama jejaka tersebut, Umisya Mazlan.

Bagaimanapun, Misya dan Aslam kembali rujuk ketika masih dalam edah.

Susulan itu, Marissa dan Aslam menjalin semla hubungan cinta selepas kontroversi berkenaan mereka mula reda.

Berita perkahwinan mereka disahkan oleh kakak Misya iaitu Nadiah Mazlan memaklumkan mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Marissa

Artikel Berkaitan: “3 Yang Mana Tu? Madu Ke Anak?” – Kongsi Pengalaman Hamil & Bersalin Dua Anak, Umisya Sempat Bergurau Soal Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Misya Kongsi Perkembangan Terkini Adik, Siap Muat Naik Ceramah UAI Berkaitan Isu Kahwin Lari Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Mata Orang Tidak Akan Pernah Lelah Menilai Kekuranganmu” – Abby Abadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Tak sabar nak tunggu hari pernikahan Kak Lina Pom Pom malam ni!

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Featured Fri, 19 Jun 2026

Kebangkitan Filem Seram Terus Mendominasi, Khadam Kutip RM2.6 Juta Selepas 7 Hari Tayangan

Filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam sekali gus mencipta momentum positif.

Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

error: Content is protected !!