Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari August 22, 2023 @ 7:11pm

“Semua Kids Duduk Atas Bahu Ayah Tapi Humairah…” – Sebak! Nukilan Nurul Shuhada Buat Anak Sentuh Hati Netizen

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik beberapa keping foto anak perempuannya, Humairah dengan coretan yang menyentuh hati.

Kata Shuhada, nukilan tersebut sebagai hantaran penghargaan buat puterinya yang hebat itu dan memohon maaf kepada anaknya kerana tidak dapat menjadi sebuah keluarga sempurna seperti orang lain.

“This is solely an appreciation post for HUMAIRAH my little angel. Dearest Humairah anak ibu.

“Ibu minta maaf sayang, ibu tahu Humairah pun nak hidup normal macam orang lain ada complete family, thank youuu sister for being a VERY GREAT SISTER to Umar and a VERY SPECIAL PARTNER to me,” luahnya.

Malah, Shuhada menzahirkan rasa sedih apabila anaknya itu tidak dapat merasai kegembiraan seperti kanak-kanak lain ketika mereka bercuti tempoh hari.

“Ibu sedih tengok Humairah tak dapat enjoy macam kids lain yang sebaya kamu, paling ibu sedih when we watched the fireworks dekat Disneyland, semua kids sebaya Humairah duduk atas bahu their father, tapi Humairah terlompat-lompat nak tengok the shows.

“Tapi you tetap senyum you tetap menjerit “THANK YOU ALLAH, THANK YOU IBU BAWAK SISTER AND UMAR DATANG SINI” Allahuakbar, luluh hati ibu sayang, ibu doakan Humairah diberikan kebahagiaan sampai syurga Allah.

“Semoga Humairah jadi anak solehah yang diredhai Allah, so to all women out there, let’s be the best!! Let’s make our kids happy and leave everything to Allah. Hasbunallahi wani’malwakeel,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Terdahulu, rumah tangga Hafidz dan Shuhada didakwa goyah akibat kehadiran orang ketiga yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Pasangan ini sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Buat ‘Review’ Ketika Tunai Umrah, Pengasas Produk Tampil Pertahan Nurul Shuhada – “Santuni Amanah Orang”

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Mon, 10 Feb 2025

Terbuka Kemenangan Juara CSOIAM Dipertikai, Marrygrace Nak Bina Rumah Lebih Selesa Di Sabah

Marrygrace berhasrat nak bina rumah lebih selesa untuk keluarga di Sabah

Hiburan Mon, 8 Sep 2025

Rebecca Nur Al Islam Syukur Dipermudah Urusan Masuk Raudhah – “Macam Tak Percaya…”

Rebecca Nur Al Islam tidak sangka urusan masuk Raudhah di Masjid Nabawi dipermudah

Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Featured Tue, 13 May 2025
error: Content is protected !!