Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 3, 2023 @ 1:18am

[VIDEO] Lelaki Warga Emas Berang, Ditegur Remaja Gara-Gara Hisap Rokok Di Kedai Mamak

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki warga emas berang kerana ditegur oleh dua orang remaja gara-gara menghisap rokok di kedai mamak.

Menerusi perkongsian di Twitter, kelihatan individu lelaki yang dikategorikan sebagai warga emas sedang memarahi remaja berkenaan dek kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan.

“Kau duduk sini, kau boleh tegur aku pulak. Awak ni pegawai apa? Mamak kedai ni tak berani tegur saya lah. Biadap apa? Eh, awak ni melebih tau,” katanya.

Berdasarkan penjelasan video berkenaan, mereka duduk di belakang pak cik yang selamba sahaja merokok walaupun di kedai mamak itu sudah terpampang notis mengatakan ‘Dilarang Merokok’.

“Jadi, tadi kami duduk sini. Lepastu ada satu pak cik macam s*al duduk sini hisap rokok padahal kat sini ada notis ‘no smoking’,” jelas pemilik video berkenaan.

Video tular tersebut sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya berasa kurang senang terhadap tindakan warga emas tersebut.

“Pakcik ni dah malu kene sound dengan budak. Bapak siapa yang rude ni ? Sila kutip bawak balik. Suruh dia smoking dalam rumah sambil tutup pintu.

“Bagus saudara, bukan mudah nak menegur orang merokok di restoran. Saya pun belum mampu untuk melakukannya.

“Buat adik yang menegur pakcik tua takde otak tu, moga kamu dirahmati Tuhan selalu. Senang dapat parking, tak perlu queue panjang, murah rezeki, sihat hendaknya ya,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

《八度空间嘉年华》强势回归!923一起过中秋

暌违5年《八度空间嘉年华》强势回归!配合即将来临的中秋节,八度空间再度齐聚旗下艺人和主持人,于9月23日(星期日),上午10时正至晚上10时正,在布城IOI City Mall和全马观众一起共庆佳节。

Hiburan Sun, 7 Aug 2022

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), […]

Hiburan Sat, 13 Apr 2019
Featured Tue, 23 May 2023
Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin […]

error: Content is protected !!