Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 8, 2024 @ 2:16pm

Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Berita pengesahan pernikahan anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim bersama jejaka pilihannya, Aslam ternyata mengejutkan ramai pihak.

Marissa dan Aslam sah menjadi suami isteri dalam majlis yang berlangsung pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand itu tidak mendapat restu kedua ibu bapanya, Norman dan Abby, serta tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan.

Lebih mengecewakan, Marissa dan Aslam berkahwin ketika Umisya sedang menunaikan ibadah Umrah bersama keluarganya.

Meninjau ke Instagram kakak Misya, Nadiah Mazlan mendedahkan Misya berada dalam keadaan sangat tenang sepanjang berada di Tanah Suci Kota Makkah.

Malah, Nadiah berkata Misya langsung tidak mengeluarkan setitis air mata meskipun ujian rumah tangga menimpanya amat berat.

“Masa dekat sini (Makkah) aku nampak dia fokus ibadah. Segala doanya didengari.

“Sehari sebelum nak sampai ke tanah air, tahu-tahu diuji sebegitu ropa.

“Riak mukanya? Tenang sahaja. Air mata? Langsung tak ada,” katanya.

Marissa Dania

Sementara itu, Nadiah berkata Misya sering berkongsi ayat-ayat seorang wanita yang terluka dan sedang dalam kesengsaraan di platform TikTok.

Marissa Dania

Marissa Dania

Nadiah juga mendedahkan Misya menyendiri dan menjauhkan diri daripada ahli keluarga sehingga keadaan dirinya berubah bukan seperti dirinya sendiri.

“Dia tak cerita dan mungkin tak nak cerita sebab benda pun dah jadi, tapi selalu nampak repost dekat TikTok tentang emosi, luahan, kesengsaraan, penderitaan sampai dia jatuh sakit.

“Dia jauhkan diri dari kami, dari semua. Aku sedih sangat sebab aku paling rapat dengan dia.

“Aku nampak semua tu, aku cuba tak nak fikir tapi jiwa aku pun sakit sangat.

“Aku dah tak kenal dia, dia dah jadi orang lain. Dia bukan orang yang macam ni..

“Ya Allah, tolonglah kami untuk bantu dia,” tulisnya lagi.

Marissa Dania

Marissa Dania

Pada September lalu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam sehingga bercerai bersama Misya.

Bagaimanapun, Misya dan Aslam kembali rujuk ketika masih dalam edah.

Susulan itu, Marissa dan Aslam menjalin semla hubungan cinta selepas kontroversi berkenaan mereka mula reda.

Artikel Berkaitan: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Artikel Berkaitan: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Tue, 24 May 2022

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Gunung Ledang The Musical Dibatalkan

Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan. Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka. “Kepada […]

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Acara Mon, 1 Jun 2026

4 Dekad Cipta Fenomen, TV3 Terus Dominasi Industri Drama Tempatan

Stesen televisyen nombor satu negara, TV3, meraikan ulang tahun ke-42 dengan tema “Hanya Yang Fenomena Di Sini”.

Events Wed, 20 Jun 2018
Trending Fri, 11 Jun 2021
Events Mon, 28 Jan 2019

Pokémon: Catch ‘Em All at Genting Highlands in February

Catch Pokémon The Movie: The Power of Us at Resorts World Genting next month.

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan

Featured Sun, 5 Mar 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
error: Content is protected !!