Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 11, 2021 @ 10:00am

Selepas Dikecam Bertubi-Tubi, Prof Muhaya Tampil Perjelas Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Sejak beberapa hari yang lalu, rata-rata netizen kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Muhaya berhubung klip video berdurasi 56 saat itu kononnya perempuan kena jadi ‘bodoh sedikit’ jika mahu mendapatkan jodoh.

Justeru itu, ramai pihak yang memberikan pendapat dan pandangan masing-masing sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap kerjaya dan kredibiliti Prof Muhaya.

Tidak mahu isu ini terus diperkatakan, pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi hantaran di laman Facebook dan Instagram miliknya tampil memperjelaskan isu berkenaan.

 “Video diambil dari potongan klip…”

Menurut Prof Muhaya,  klip berdurasi 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 pada jam 6 petang bertajuk “Antara Cinta Dan Cita-Cita”.

Dan siaran live itu adalah bagi menjawab persoalan dan komen yang diajukan oleh followers beliau berkaitan wanita dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.”katanya.

Tampil  memohon maaf kepada semua pihak

Malah, Prof juga sempat memohon maaf atas salah faham yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat dengan bertanyakan mengenai hal sebenar disebalik kejadian yang berlaku.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda”

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.”

Bukan itu sahaja, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya, Prof Muhaya sangat mendukung dan mendoakan agar semua wanita berjaya dan mendapat redha Allah SWT.

Disamping sempat menghadiahkan nota ringkas menerusi laman Facebook miliknya sebagai ruujukan untuk menjawab semua persoalan yang timbul.

“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.”

“Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“MV Lalu Dua Saat Je, Saya Tak Cukup Berjaya Ke?” – Wani Kayrie Terkilan, Dakwa Pencapaian Karya Muzik Tidak Dihargai

Wani berkata dia pada awalnya teruja apabila montaj berkenaan memaparkan pencapaian video muzik milik barisan alumni program itu.

Featured Sat, 21 Jun 2025
Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

error: Content is protected !!