Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 27, 2025 @ 8:39pm

Tepis Tohmahan Netizen, A Aida Nafi Bantu Dharma Demi Publisiti… Sedia Beri Tawaran Lakonan Setiap Bulan

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menolak dakwaan netizen yang mengatakan niatnya membantu pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid hanyalah untuk meraih perhatian umum.

Menegaskan dirinya telah lama bertapak dalam dunia hiburan, ibu kepada tiga cahaya mata ini menyatakan bantuan yang diberikan lahir daripada keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang pujian atau publisiti.

“Saya nak publisiti? Saya rasa A Aida dah cukup dikenali. Saya tak perlu publisiti. Mulut netizen saya dah biasa. Saya lama dalam bidang ini, jadi saya faham,” katanya kepada XTRA.

Tambah A Aida, dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi dan memaafkan sesiapa sahaja yang memberikan komen negatif hingga menyinggung perasaannya.

“Segala kata-kata baik yang diberikan, Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

“Namun kepada mulut longkang yang menyakitkan hati hingga buat kita tak tidur malam sebab sedih, menjawablah dengan Tuhan. Tapi saya maafkan apa saja perbuatan mereka. Cuma apabila nak berkata-kata, kita sebagai orang Islam, mestilah berhemah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, A Aida turut berkongsi Dharma akan ditawarkan peluang berlakon secara konsisten setiap bulan selama setahun, sekiranya prestasi lakonannya dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku mencapai tahap yang memuaskan.

Telefilem yang bakal menampilkan lakonan Dharma bersama Aniq Suhair dan Azeva Natassha ini bakal menjalani penggambaran pada 15 Ogos.

“Saya nak tengok kemampuan dia dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang akan menjalani penggambaran tak lama lagi.

“Sekiranya lakonannya bagus, insya-Allah setiap bulan saya takkan berhenti beri dia ‘job’. Setahun saya akan jaga dia.

“Maksudnya setiap kali ada cerita atau sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan cuba ambil Dharma. Semoga Allah permudahkan niat saya itu,” ujarnya.

Tambah pemilik A Aida Production ini, meskipun tawaran kerja tidaklah begitu besar, ia diharapkan mampu membantu meringankan beban kewangan Dharma terutama dalam menampung komitmen bulanan.

A Aida turut menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan peluang lakonan kepada anak Dharma, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman yang kini mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Bayaran akan saya berikan mengikut babak yang dia jayakan. Jika banyak babak, banyaklah upah yang dia bakal dapat.

“Jika watak sampingan sekalipun mungkin dapatlah dalam RM2,000 ke RM3,000 setidak-tidaknya dapatlah Dharma selesaikan sewa bulanannya. Memang niat saya nak bantu Dharma.

“Saya juga mungkin akan beri peluang pada Syafiq kerana dengarnya dia minat berlakon dan kebetulan dia pun pelajar ASWARA, nanti saya akan lihat macam mana,” katanya.

Sebelum ini, keadaan Dharma yang kelihatan susut tubuhnya telah mencuri perhatian ramai selepas sebuah video mengenainya tular di media sosial.

Perkongsian tersebut menimbulkan kebimbangan peminat terhadap tahap kesihatan bintang filem popular era 1980-an itu.

Bapa kepada dua anak itu kemudian mendedahkan Dharma mengalami tekanan setelah tidak menerima sebarang tawaran lakonan selama tiga tahun, menyebabkan berat badannya merosot hingga mencecah 45 kilogram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 11 Aug 2022

“Minta Hadir Bila Surat Mahkamah Keluar” – PU Riz Bakal Saman Individu Fitnah Produk Inai?

Pu Riz tampil bersuara selepas seorang individu didakwa menfitnah produk inainya dan isteri, Neelofa.

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sufian Suhaimi Sudah Berpunya?” – Usikan Neelofa Buat Netizen Berteka Teki

Biarpun terdapat beberapa dakwaan sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi, Sufian Suhaimi masih belum membuka mulut tentang dakwaan tersebut. Pemilik lagu popular, Dimatamu itu tidak terlepas dari kisah cintanya walaupun sudah menginjak usia ke 30 tahun. […]

Selebriti Mon, 15 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Linda Rafar Syukur Ramai Rakan Artis Hadir

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah menganjurkan satu majlis ilmu dan ramah mesra bersama penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini. Dalam perkongsian di laman Instagram, Linda memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas penganjuran majlis […]

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Fri, 19 Aug 2022

Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI

Dah start kena panggil ni… mesti lepasni makin hangat story ni!

Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Events Thu, 19 Dec 2024

Rosmah Mansor Bebas 17 Tuduhan Ubah Wang Haram, Elak Cukai Bernilai Lebih RM7 Juta

Hakim K Muniandy membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Babah Bawa Tuah! Qi Razali, Sweet Qismina Dinobat Pelakon Terbaik FFM 34

Selayaknya Qi Razali & Sweet Qismina menang FFM 34!

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]

error: Content is protected !!