Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 9, 2021 @ 5:44pm

“PM Yang Sangat Humble & Sempoi” – Sempat Bertemu Dengan Kanak-Kanak di Pondok R&R, Warganet Suka Dengan Keramahan Ismail Sabri

Biarpun sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikenali dengan sikap ramah dan sering mencuri masa untuk bertemu dengan rakyat dalam keadaan spontan.

Terbaharu, video yang dimuat naik di laman Instagram rasmi milik Ismail menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di laman sosial terbabit, Ismail sempat meluangkan masa bertemu dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.

“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Video terbabit memaparkan aksi Ismail yang sedang berjalan dan sempat berhenti di pondok terbabit untuk berborak santai dengan anak-anak kecil itu yang sedang makan bersama bapa mereka.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Ismail dan menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang gemar menyantuni rakyat.

“Datuk Seri selalu turun padang. Best PM macam ni.

“PM macam inilah yang rakyat suka… Mesra rakyat.. Ambil tahu masalah rakyat.. Saya sayang PM sekarang..

“Steady grassroots leader yang ikhlas bukan buat-buat.

“PM yang sangat humble & sempoi,” merupakan antara komen warganet.

Penyanyi Azza Elite juga sempat meninggalkan komen selepas teruja melihat video terbabit.

“Sekali terjumpa PM. Wah, best kan,” tulis Azza.

Setakat ini, entri terbabit menerima hampir 50,000 tontonan dan lebih 300 komen wargamaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Oct 2018

ALAMAK! Persalinan Percutian Neelofa Serupa Dengan Kain Tudung Pula?

Dah la photoshoot kat Maldives…sorry eh…kita kan kawan baik selamanya!

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Trending No 1 Di Aplikasi X, Hashtag #OIAM Terus Kuasai Media Sosial & Layar Kaca

Hashtag #OIAM melakar kejayaan luar biasa apabila menduduki tangga trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.

Filem Fri, 31 May 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Featured Tue, 2 May 2023
error: Content is protected !!