Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 1, 2023 @ 7:02pm

“Demi Allah Saya Tidak Cemburu, Tak Suka Rakyat Diperbodohkan” – TMJ Musykil Kos Pembinaan Babitkan Stadium Shah Alam Baharu

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, beliau tidak cemburu dengan berita mengenai pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu yang dijadualkan akan memulakan pembinaannya tidak lama lagi.

Ia ekoran kenyataan yang pernah dibuat TMJ sebelum ini yang mempertikaikan kos pembinaan stadium berkenaan yang hanya menelan belanja sebanyak RM700 juta.

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan maintenance setinggi itu bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.

“Ini adalah kos Singapore Sports Hub untuk size 35 hektar, bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar,” tulisnya.

Menurut TMJ menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya, beliau hanya musykil dengan kos keseluruhan pembinaan stadium tersebut kerana ia bukan sahaja menggunakan peralatan canggih tetapi melibatkan kos yang sangat murah.

Malah, beliau juga memberikan perbandingan tentang kos pembinaan Singapore Sports Hub yang menelan belanja sebanyak RM4.2 bilion dengan keluasan 35 hektar, manakala kos penyelenggaraan pula mencecah sehingga RM219 juta setahun.

“Kalau kerajaan negeri pun terkial-kial nak maintain, apatah lagi kerajaan negeri.

“Dengan nama Allah SWT, saya tidak cemburu. Saya hanya musyikil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,” katanya.

Dalam hantaran yang berlainan pula, TMJ bagaimanapun berharap, semoga pembinaan stadium Shah Alam yang baharu menjadi kenyataan kerana ia juga akan menjadi kebanggaan untuk negara dan industri bola sepak negara.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 19 Dec 2020
Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Tayang Badan Tak Berbaju Di Instagram, Apa Jawab Nubhan?

Nubhan dah padam gambar-gambar tu sebab…

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Charissa Ong: From Heartbreak to Writing and Success

Charissa had always loved writing but never expected to make a career out of it.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Trending Fri, 24 Jul 2020

Lelaki Pakai Gelang Kuarantin Dikompaun RM1,000

Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di  Ayer Tawar di sini semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki […]

Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Featured Wed, 21 Feb 2024

“Suami Tak Boleh Tinggikan Suara Dengan Saya” – Janna Nick Akui Sensitif Dan Mudah Terganggu

Haa, yang kata bimbo lah, sengaja buat suara baby lah… tak baik tau! Janna tak boleh orang suara kasar ni.

#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
error: Content is protected !!