Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 27, 2019 @ 4:04pm

Jasmin Hamid Saman Warganet Yang Hina Anaknya

Tindakan berani pelakon, Jasmin Hamid menyaman tiga individu yang didakwa menghina rupa paras anak angkatnya bernama Rohhana Abdul Hamid wajar dipuji, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang apabila masyarakat kurang beradab bila berinteraksi di laman sosial.

Gelaran ‘bapok’ yang dibuat oleh warganet telah mengganggu emosi dah hidup anaknya dan oleh sebab itu, Jasmin mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sekitar Mac lalu dan disusuli dengan pemfailan saman pada 2 Mei. 

“Tindakan saya ini bukan atas paksi meraih publisiti atau mencari duit lebih menerusi saman ganti rugi malu. Ia lebih kepada memberi pengajaran kepada warganet, khususnya, agar tidak lantang bersuara dan lebih berhati-hati apabila berkata-kata di laman maya.

“Negara kita memiliki undang-undang. Menjadi wira papan kekunci bukan bererti mereka mempunyai lesen bersuara tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.  Agama kita turut menegah seseorang daripaa mencela fizikal orang lain,” katanya di dalam satu sidang media di Petaling Jaya semalam. 

Jasmin yang diwakili peguam, Nasser Yusof dari firma guaman, Tetuan The Law Chambers of Fauzi & Nasser menuntut salah seorang daripada individu terbabit yang hadir pada sidang media itu bernama Izzatul membuat permohonan maaf secara terbuka, membayar ganti rugi, membuat satu surat akuan sumpah menarik balik tohmahan dan membayar kos guaman.

Izzatul yang juga seorang suri rumah turut memohon maaf atas salah lakunya dan menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukannya terhada Rohhana kerana tidak menyangka kes ini menjadi besar. 

Selain Izzatul, dua lagi warganet sudah dikenal pasti dan mereka juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

‘Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah’ – Shamsul Ghau Ghau

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Wany Hasrita minta netizen fokus jaga diri sendiri, jangan sibuk isu rumah tangga selebriti

Featured Wed, 16 Apr 2025

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
error: Content is protected !!