Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 3, 2022 @ 5:24am

Gadis Jolobu The Movie Angkat Budaya & Dialek Negeri Sembilan

Gadis Jolobu The Movie yang mengangkat budaya dan dialek Negeri Sembila menjadi filem pertama yang diterbitkan dalam projek hebat bagi menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan yang dimeterai antara syarikat Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd.

Menurut Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, mereka yakin filem komedi itu mampu memberi nafas baharu dalam industri perfileman selepas pandemik Covid-19 melanda.

“Pihak produksi rasa sangat tak sabar mahu menantikan filem pertama ini kerana ia menggandingkan bakat baharu dan senior berpengalaman. Ia juga menarik kerana mengangkat dialek Negeri Sembilan.

“Kami percaya Gadis Jolobu The Movie adalah permulaan yang baik untuk merealisasikan visi kami bagi mengglobalkan kandungan Malaysia. Tengok saja bagaimana drama bersiri seperti Money Heist yang mendapat sambutan luar biasa walaupun ia bukan dalam bahasa Inggeris.

“Penonton tetap terhibur dengan kandungannya kerana kualiti produksinya. Mengambil contoh lain, kita tengok juga filem Hantu Kak Limah, dialek Perak yang diketengahkan juga berjaya menarik ramai penonton,” katanya.

Tambah Saraleana, idea untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie tercetus susulan kejayaan lagu duetnya dengan W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih hampir 10 juta tontonan di YouTube.

“Dah tiga tahun idea ini Hattan berikan kepada saya selepas single nyanyiannya mendapat tempat di hati peminat. Namun, akibat Covid-19, semuanya tergendala. Kini, barulah ia boleh dimulakan dan bersyukur kami bertemu dengan pelabur iaitu Tremendous Entertainment.

“Kami menggunakan khidmat pengarah CL Hor selepas meneliti pengalaman yang ada dalam portfolio kerjayanya. Tremendous Entertainment yakin CL Hor boleh menjayakan Gadis Jolobu The Movie. Walaupun dia adalah pengarah filem Cina, kami percaya dia boleh menjayakannya serta kita ada Hattan yang menjadi konsultan,” katanya.

Dalam pada itu, CL Hor yang juga pengasas Zebra Studios mendedahkan filem ini sudah menerima maklum balas positif daripada pengedar yang mahu membawa filem ini ke luar negara walaupun belum siap sepenuhnya.

“Kami ‘aim high’, mahu sasarkan filem ini ke luar negara biarpun ia mengangkat budaya tempatan. Syukur kerana kami sudah ada pengedar dari Indonesia dan Thailand yang mahu menjalin kolaborasi.

“Biarpun naskhah ini belum siap sepenuhnya lagi, Golden Screen Cinemas (GSC) sudah pun menjadi pengedar utama selepas mereka meneliti nilai produksi filem ini dan mereka yakin filem ini boleh menggapai kejayaan.

Hor berkata, Gadis Jolobu The Movie mempertaruhkan ramai ‘otai’ hebat seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

“Kami sudah menjalankan bacaan skrip sebanyak tiga kali, memang pecah perut dengan gelagat masing-masing. Bayangkan, hanya baca satu hingga dua muka surat skrip, kami sudah berhenti kerana tak tahan gelak. Jadi, saya memang tak sabar untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Gadis Jolobu The Movie akan ditayangkan di pawagam GSC di seluruh negara dan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY pada Jun depan.

Lebih menarik, filem ini juga ditayangkan menerusi wayang pacak yang akan diadakan sekitar Negeri Sembilan.

Filem ini memulakan penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan.

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah komedi mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem ini turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Apr 2025

MV ‘Raja Dusta’ Curi Perhatian, Netizen Komen: “Bukan Sebab Nak Dengar Lagu, Tapi Nak Tengok Ketiak Flawless”

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyorot perhatian ramai selepas tampil dengan muzik video terbaharunya berjudul, Raja Dusta.

Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Deepika Padukone is Kuala Lumpur!

If you’re lucky, try and take a get a selfie with the superstar.

Featured Mon, 7 Apr 2025

Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupannya termasuklah isu perkahwinan terdahulunya.

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Kalah Kerana Stamina, Adam Lee Akui Alif Muhaimin Lebih Bersedia

Pelakon Adam Lee tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun tewas kepada aktor Alif Muhaimin dalam perlawanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad. Adam mengakui kekurangan stamina menjadi punca utama kekalahannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan lawan yang […]

Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!