Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 14, 2026 @ 2:59pm

Tahniah! Wanna Ali Selamat Bersalin Anak Lelaki

Pelakon Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki seberat 3.7 kilogram, awal pagi tadi secara pembedahan.

Khabar gembira itu dikongsikan ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh menerusi Instagram Stories.

Menerusi perkongsian tersebut, Ayu meluahkan rasa syukur dan mengakui masih sukar mempercayai bahawa dia kini sudah bergelar nenek.

“Alhamdullillah.. TokMi dan TokAyah macam tak percaya. Tapi real rupanya… Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kg subuh tadi secara operasi.

“Aku orang yang paling happy bahagia.. Terima kasih saudara-saudara dan kawan-kawan aku dan kawan Wanna dan suaminya mendoakan Wanna. Syukur Alhamdullillah,” tulisnya.

Sebelum ini, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan sedang hamil anak sulung selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Pada Januari lalu, dia memaklumkan usia kandungannya ketika itu sudah mencecah 25 minggu dan bakal memasuki trimester ketiga.

Untuk rekod, Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri Khalid pada 9 Februari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 6 Feb 2020
Featured Mon, 10 Nov 2025

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Terbukti power minuman ni, Good Luck untuk Lan & pasukan Turbo 3!

Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

Trending Wed, 11 Aug 2021
Featured Fri, 10 Dec 2021
Featured Wed, 25 Oct 2023
error: Content is protected !!