Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2025 @ 10:58am

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

Isu hangat membabitkan penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr. Fie nampaknya masih belum reda apabila pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Menurut pembantu peribadinya yang dikenali sebagai @kkits_, meskipun dia tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan peribadi atau keluarga majikannya, namun dia tidak sanggup berdiam diri melihat Dr. Fie diperlakukan secara tidak adil.

Malah, ketika kejadian tersebut dia mendengar segala perbualan antara Dr. Fie dan individu berkenaan.

“Walaupun saya ni PA Dr.Fie, saya tak ada hak pun nak masuk campur dalam hal keluarganya. Tetapi sejujurnya saya tak boleh berdiam diri melihat beliau di perlakukan sebegitu.

“Mengenai kenyataan pihak tersebut yang dimuat naik bersama Dr.Fie sebelum ini, sebenarnya saya ada disana pada malam tersebut. Saya sendiri dengar keseluruhan cerita.

“Ya, betul Dr.Fie ada telefon dia untuk meminta maaf bagi pihak keluarganya atas apa yang terjadi. Dan, bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi pada keluarganya. Saya juga tahu apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian tersebut,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Jelasnya, Dr. Fie tidak menghebohkan atau membuat kenyataan di khalayak ramai dek kerana mahu menjaga reputasi kedua belah pihak apatah lagi selepas kata-kata kesat dilemparkan terhadap ibu majikannya.

“Pada pendapat saya, Dr.Fie tidak memaklumkan kepada orang lain kerana dia sedaya upaya untuk menjaga reputasi kedua belah pihak.

“Saya tak nak sentuh pasal keluarga awak, sebab saya pun baik dengan mak dan adik awak. Saya post ni sebab saya tak nak keadaan jadi lebih teruk dan Dr.Fie sendiri dah minta maaf sendiri dengan awak pada malam tu.

“Jadi, tak perlu pun awak nak perbesarkan hal ini sebab netizen kecam keluarga awak. Awak rasa Dr.Fie boleh control ke netizen nak cakap apa pasal keluarga awak tu?

“Dan, satu lagi… malam tu saya tak dengar awak minta maaf kepada Dr.Fie lepas awak maki ibu dia dan Dr.Fie sendiri dah minta bukti yang mengatakan kononnya keluarga dia yang menyebarkan gosip murahan tu tapi awak sendiri tak pernah nak buktikan,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil mempertahankan Dr.Fie sekaligus berharapa agar isu ini dapat diselesaikan segera.

ARTIKEL BERKAITAN:Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:Gelar Abang Ipar P*ndan? Perkongsian Adik Dr. Fie Curi Tumpuan, Dakwa Nubhan Lari Rumah Setiap Kali Ada Masalah

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Aku Layak Dapat 5 Juta Tu Dari Family Kau… Buang Masa 10 Tahun Kat Orang Macam Tu” – Isu Dengan Nubhan Makin Hangat, Mesej Dr Fie Tersebar?

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Besarkan Mereka Dengan Doa Dan Impian” – Nubhan Fail Hadanah, Ciapan Dr. Fie Raih Tumpuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 25 Oct 2022
Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!

Hiburan Thu, 5 Sep 2024

Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

Semoga hubungan Syamsul Yusof dengan ibu bapanya akan kembali jernih

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Gambar Fathia Latiff Buka Tudung Jadi Bualan

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar itu dengan kapsyen “The star is still bright even in the dark”

Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Featured Thu, 11 Dec 2025
Events Wed, 28 Nov 2018

张韶涵大马演唱会请「好朋友」当嘉宾?她只说……

相隔两年张韶涵将于2019年1月12日再度来马开唱!问她会否邀请「好朋友」当嘉宾时,她只说了……

error: Content is protected !!