Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 4, 2022 @ 12:10pm

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.

Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak.

Di dalam kotak itu terdapat kit ujian kehamilan.

 

View this post on Instagram

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Pada awalnya, suaminya yang merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak percaya apabila melihat kit ujian kehamilan yang positif.

“Ni lama punya,” kata Haziq.

Haziq yang terkejut dan gembira mendengar berita itu memeluk anak mereka, Hayder Qhalish dan berkongsi berita gembira itu kepada ahli keluarga mereka menerusi panggilan video.

Eyra memaklumkan, tinggal empat bulan sahaja sebelum dia melahirkan cahaya mata mereka yang kedua.

“Alhamdulillah, four months left. Doakan kami semua sihat ya,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraannya.

Namun begitu, ada juga yang dapat mengagak kehamilan Eyra sebelum dia membuat pengumuman kehamilannya.

“Dah lama perasan and exactly true! Yay tahniah,” komen bodyperfumebykakcun_

“Dah dapat agak sebab nampak badan Eyra macam lain. Tahniah,” komen natasyashaffei.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 31 May 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Syamel Bengang Dicurangi?

Bila cinta didusta…

Trending Mon, 22 Feb 2021

Selebriti Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV KPM

Heboh diperkatakan tempoh hari apabila ada ibu bapa bertukar jadi singa di rumah kerana mahukan anak mereka fokus belajar. Bila dah berada di rumah, memang lain sikit suasananya. Maka, tidak hairanlah kadang-kadang ada pelajar yang […]

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Trending Sat, 21 Mar 2020

COVID-19: Jakarta Isytihar Darurat 14 Hari

Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu ekoran ancaman wabak Covid-19. Perintah darurat ini telah disampaikan sendiri oleh beliau menerusi sebuah sidang media […]

Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Hiburan Fri, 9 May 2025

Syarikat Didakwa Berhutang Lebih RM4 Juta, Netizen Minta Fazura Tampil Pertahankan Diri

Fazura memilih untuk mengunci mulut isu berhutang lebih RM4 juta

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Selepas Sekian Lama, AKHIRNYA Ardell Buka Mulut Soal Jodoh…

Ehem…kalau betul, apa salahnya. Dua-dua masih single kan?

error: Content is protected !!