Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 19, 2022 @ 10:37am

Terpaling Juara: 2 Kali Menang, RM5,000 Milik Hazami! Ini Recap Minggu Kelima

Konsert kelima Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) di anugerah paling berprestij.

Menerusi program yang menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap ini, tiga kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #PlaylistAJL.

Minggu kelima Terpaling Juara semakin hangat antara lima peserta selepas masing-masing sudah mula menunjuk ‘taring’ dalam persembahan mereka.

Pihak juri semakin serius dalam memberi komen tentang persembahan dan nyanyian peserta dan dinasihatkan perlu cabar diri lagi untuk memberikan yang lebih baik.

Minggu Kelima:

Aqeesh – Segalanya Ku Terima (AJL 4, nyanyian asal Illusi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Aqmal – Janji Manismu (AJL 5, nyanyian asal Aishah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Shaz – Kau Pun Sama (AJL 33, nyanyian asal Syamel)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Rahmad Mega – Bunga (AJL 33, nyanyian asal Ara Johari)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Hazami – Terlalu Istimewa (AJL 21, nyanyian asal Adibah Noor)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pembukaan konsert minggu kelima Terpaling Juara turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Juara Anugerah Juara Lagu 23 oleh kumpulan Meet Uncle Hussain dengan lagu Lagu Untukmu yang dinyanyikan oleh Azlan The Typewriter.

Turut menyerikan lagi konsert minggu keempat Terpaling Juara juga dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada penyanyi wanita yang mempunyai vokal terbaik iaitu Misha Omar yang membawakan lagu daripada Anugerah Juara Lagu 19, Pulangkan dan Juara Anugerah Juara Lagu 18, Bunga-Bunga Cinta.

Persembahan terbaik minggu kelima Terpaling Juara ini sekali lagi menyaksikan persembahan mantap Hazami yang menyampaikan lagu Terlalu Istimewa menjadi pilihan juri dan penonton.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Hazami yang merupakan anak didik Akim Ahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 selama dua minggu berturut-turut.

Konsert Terpaling Juara minggu kelima menyaksikan tiada penyingkiran dan ini bermakna kelima-lima peserta akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu keenam.

Tema minggu hadapan juga telah ditetapkan iaitu bertemakan ‘Duet’ di mana peserta akan berduet dengan penyanyi-penyanyi hebat antaranya Aizat Amdan, Ayda Jebat, Stacy Anam, Nikki Palikat dan Cliff Umar.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Mar 2024

Ada Ke Patut Digunting-Guntingnya Telekung Nenek Dia? Haihh, Cucu.. Cucu..

Telekung ni dah menjadi kelengkapan wajib bagi setiap wanita Muslim. Selain menjadi alat kelengkapan solat, ia juga merupakan lambang cinta abadi pada setiap sujud hamba kepada Tuhannya. Bagi wanita, setiap telekung mempunyai keistimewaan dan nilai […]

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023

“Saya Hilang Diri Sendiri, Segala Kontroversi Adalah Wake-Up Call…” – Ismail Izzani

Sabarlah Mael, inilah asam garam dalam dunia hiburan kann 😌

Featured Tue, 10 Feb 2026

Simpati Nasib Puteri Balqis, Daler Yusuf Akui Pengarah & Penerbit Pernah Ajak Holiday Siap Minta Gambar Dekat…

Daler mengakui pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika mula-mula menapak dalam industri seni tanah air.

Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

error: Content is protected !!