Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 15, 2021 @ 10:00am

Aina Abdul VS Ikan Laga, Hafiz Hamidun Dihentam Kerana Peluang Kedua, Ziana Nak Basuh Pinggan? Jom Baca Corat-Coret Sepanjang AJL35!

Dianjurkan dengan suasana norma baharu dan lebih minimalis, Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) telahpun melabuhkan tirainya pada malam tadi dengan semangat positif mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

 

Berlangsung dengan gemilangnya walaupun tanpa kehadiran penonton, rasanya tidak terlambat untuk Xtra mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang.

 

Jom kita throwback semula momen yang berlaku sepanjang AJL35 berlangsung!

 

1. Baju Aina Abdul disamakan dengan bakul Almond London & Ikan Laga

Antara persembahan yang paling ditunggu-tunggu, pemilik vokal yang lunak ini nampaknya tidak terlepas dari menerima kritikan dari netizen kerana tampil dengan busana seakan-akan bakul biskut Almond London.

Tidak habis disitu, corak baju Aina juga disamakan dengan ikan laga.

 

 

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat membandingkan busana yang dipakai Aina dengan penyanyi antarabangsa, Lady Gaga. Opss!

 

Bagaimanapun, Aina dilihat menjawab segala persoalan netizen mengenai pakaiannya pada AJL35 malam tadi menerusi muat naik di akaun instagram miliknya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 2. Vokal tergelincir nyanyi Peluang Kedua… netizen minta jangan kecam Nabila Razali

Antara persembahan yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat AJL35, Nabila Razali tampil dengan vokal yang agak baik pada persembahan malam tadi.

 

Walaupun ada bahagian yang ‘tergelincir’, netizen tetap memuji vokal Nabila mempunyai pembaharuan dan beliau nampaknya kelihatan anggun di atas pentas dengan lagu Peluang Kedua.

 

Namun, apa yang paling mencuri perhatian adalah kenyataan yang dibuat oleh penyanyi Hafiz Hamidun yang menyifatkan peluang kedua telah dibazirkan pada malam ini.

 

Perkara itu dimuat naik oleh Hafiz Hamidun sendiri menerusi muat naik di akaun Twitter miliknya sekaligus ianya mengundang perbicangan hangat dalam kalangan netizen.

 

Namun begitu, tweet terbabit telah pun dipadamkan.

3. Ayie Floor88  VS Heinz Doofenshmirtz

Bukan sahaja Aina Abdul yang disamakan dengan biskut Almond London dan ikan laga, Ayie dari kumpulan Floor 88 juga tidak ketinggalan apabila netizen menyamakan Ayie dan kumpulan Floor88 dengan watak kartun dalam siri Phineas And Ferb, Mr Doofenshmirtz dan siri kartun popular Spongebob Squarepants.

 

Jom kita tengok sama ke tak?

Malah, netizen juga berpendapat perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah tikar terbang yang ditunjukkan ketika persembahan mereka di pentas AJL35 menerusi lagu Hutang.

 

4. Persembahan Gila memang memukau!

Ternyata lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki pada malam tadi berjaya mencuri perhatian juri dan semua penonton sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara AJL35.

 

Dengan bait-bait lagu yang cukup deep, Gila tampil dengan persembahan yang ringkas namun cukup memukau.

 

 

5. Ziana Zain VS Pramugari Qatar???

Opsss! Penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain juga tidak terlepas menjadi bahan usikan netizen apabila penampilan Ziana ketika membuat persembahan bersama Hazama di malam AJL35 disamakan dengan pramugari Qatar Airways.

 

Mana taknya, Ziana Zain tampil dengan busana berwarna ungu dengan topi kecil di atas kepala seakan-akan pramugari Qatar. Tak percaya, tengok ni!

 

 

Selain menjadi pramugari Qatar Airways, sarung tangan yang dikenakan juga turut disamakan dengan sarung tangan pencuci pinggan.

 

Pergh! memang kreatif netizen ni.

Haaa, sama ke tidak???

 

6. Gundah buat semua orang Goosebump!

Seperti Aina Abdul, kemantapan vokal yang dimiliki penyanyi kecil molek ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

 

Membawakan lagu Gundah, hasil ciptaan bersama Sharon Paul, pastinya ini antara lagu yang mebuatkan penonton ‘meremang’ mendengarnya.

 

Maka tidak hairanlah sekiranya, pemenang Vokal Terbaik ini memberi kesan kepada penonton dengan pembawaan lagu Gundah dari beliau.

 

7. Plastik sampah, bean bag & Sherry Al Hadad…

Siapa kata finalis je yang kena, pengacara pun tak terlepas tau!

 

Gaun hitam yang digayakan Sherry Alhadad pada malam AJL35 menjadi bahan usikan netizen apabila ada yang menyamakannya seperti plastik sampah dan bean bag.

 

Kesian Sherry! Yang penting Sherry perform okay! Siap catwalk tu yang tak tahan…

Apapun, corat-coret ini adalah apa yang berlaku sepanjang AJL35 berlangsung. Diharap, segala yang berlaku sepanjang AJL35 ini dapat dijadikan rujukan dari segi penganjuran majlis dengan pematuhan operasi standard (SOP) yang ketat bagi keselamatan artis dan krew yang terlibat dalam memberikan yang terbaik buat penonton setia TV3.

 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Jul 2021
Events Tue, 17 Jan 2023

Sedia Dikritik, Naim Daniel Sentiasa Raikan Perbincangan Di Media Sosial

Sering menyuarakan pendapat mengenai pelbagai isu di laman sosial, pelakon dan penyanyi Naim Daniel sedia menerima apa jua kritikan serta meraikan perbincangan. Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 menerusi lagu Sumpah itu, dia akan sentiasa […]

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida. Kini, dia kembali dengan memuat naik […]

Featured Thu, 29 Jul 2021

Rayuan BPR Fasa Ke 2 : Tarikh Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua pada Jun lalu, tarikh semakan bayaran boleh dilakukan bermula Ogos ini. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, golongan isi rumah B40 akan […]

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Simbol Transformasi 2025, TV3 Tampil Dengan Seruan Azan Versi Baharu

Seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu.

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

error: Content is protected !!