Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 16, 2025 @ 11:32am

Simbol Transformasi 2025, TV3 Tampil Dengan Seruan Azan Versi Baharu

Seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menerusi pendekatan yang lebih segar dan inovatif, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Azan baharu yang dibawakan dengan keindahan suara syahdu dan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini telah membuat kemunculan sulungnya pada 15 Januari 2025.

Pelancaran ini disempurnakan menerusi program baharu yang dibawakan oleh TV3 serta TV9 dan Tonton iaitu Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman. Program ini hadir dalam bentuk 4 siri istimewa yang bertujuan memberikan inspirasi serta pengisian rohani kepada penonton.

Siri ini akan menampilkan tokoh agama terkemuka bersama tetamu jemputan yang berkongsi hikmah, pandangan dan pengalaman mereka terhadap topik-topik yang ditampilkan. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan siri yang seterusnya di secara langsung di platform TikTok TV3.

Siri pertama program yang berlangsung hari ini di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, mengangkat tema ‘Azan’ sebagai fokus utama. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ruzmi Kamarudin, Ketua Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Aemizureen Kamarudin, Chief Business Development, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., serta Ustaz Khairul Anuar Basri yang tampil sebagai panelis jemputan.

Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Hj. Ahmad Noor Sulaiman membawakan perbincangan yang penuh ilmu dan mendalam. Panel jemputan yang berwibawa Ustaz Adnin Roslan dan Ustaz Khairul Anuar Basri, turut mengupas topik yang menyentuh hati mengenai nilai dan penghayatan azan dalam kehidupan umat Islam.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Child From The East yang menambahkan keceriaan serta mencipta kenangan manis dalam setiap detik perjalanan siri pertama ini.

Menurut Ruzmi Kamaruddin selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad:

“Kami percaya bahawa azan ialah lambang perpaduan dan penghubung rohani bagi umat Islam di seluruh dunia. Pembaharuan ini bukan sekadar memberi sentuhan segar daripada segi visual dan audio, tetapi juga mencerminkan penghormatan kami terhadap tradisi suci yang tidak pernah pudar nilainya.

“Azan baharu ini diharap menjadi pemangkin kepada pengalaman baharu yang lebih bermakna untuk penonton, sambil memperluas mesej keagamaan melalui platform digital dan televisyen sebagai medium skrin kedua.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri istimewa, Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman yang seterusnya secara langsung di platform TikTok TV3. Untuk info terkini dan kandungan menarik, layari laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram di @TV3Malaysia, serta TV9 di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk lebih banyak lagi kandungan eksklusif dan menarik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Trending Wed, 9 Oct 2019
Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Nazim Othman Semakin Memilih?

Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Trending Tue, 28 May 2019

胖不是你的错!肥胖还有等「坏基因」也会遗传

健康的身体人人都希望有,但您知道吗?高度近视、喝水就会胖、明明体重正常却有高血脂、恼人的过敏等症状,都很有可能是父母遗传给您的!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
error: Content is protected !!