Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 18, 2023 @ 4:14pm

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu.

Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, Sarah menceritakan bahawa selama enam tahun dia memberikan fokus menjaga suami serta anak-anaknya.

“Masa nak kahwin, I buang semua. I sacrifice everything, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah,” katanya.

Menurut Sarah, ramai yang mengatakan dirinya itu sibuk bekerja, namun dia menjelaskan bahawa dia baru sahaja mula untuk fokus bekerja memandangkan selama enam tahun dia hanya duduk di rumah dan menjadi suri rumah.

“So, untuk orang luar kata sebab saya busy. Orang luar yang nampak saya busy tu adalah sekarang. Baru sekarang, betul tak? Sebab saya dah lama menyepi. Enam tahun saya jadi suri rumah. Saya fokus jadi suri rumah dan saya tak nak buat apa-apa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketika dia sudah nampak ‘masalah’ tiba, dia mula berniat untuk bekerja kembali dan dia tahu sebagai seorang perempuan, harus mempunyai duit dan kerjaya sendiri.

Namun, dia turut mengatakan bahawa dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan memandangkan dirinya ditanggung oleh suami.

“So, bila saya dah mula nampak ada ‘masalah’. Saya nak mula start kerja, sebab saya tahu kalau kita sebagai seorang perempuan, kita kena ada duit sendiri dan bekerja if anything happen.

“So, masa mula-mula saya nak start kerja itu. Saya fikir, alamak macam mana ini kalau anything happen to me kan. Saya takut nak buat decision masa itu.

“Actually, it took me lama sangat untuk buat keputusan itu sebab saya ditanggung oleh suami. Saya tak bekerja. Enam tahun saya duduk rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Saya tak kerja,” akhiri Sarah.

@amyqashrina Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof ♬ original sound – Amy Qashrina II – Amy Qashrina Legacy

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapatnya serta menyokong keputusannya itu.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa Sarah memang fokus dengan keluarganya selepas berkahwin.

“Betul, baru nampak sekarang ni je dia aktif berlakon. Sebelum ni tak ada pun.

“Itulah pelik tiba-tiba Sarah berlakon balik. Dalam hati memang rasa something time itu sebab kenapa tiba-tiba berlakon balik. Sebab dia memang jadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin.

“Aku percaya dengan apa yang Sarah cakap ini. Lepas kahwin dia memang fokus pada family, berlakon pun dengan production family je. Sarah wanita hebat,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Dec 2024

Rangkul 7 Anugerah, Imaginur Dinobat Sebagai Filem Terbaik FFM 33

Imaginur diiktiraf sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33).

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Trending Fri, 30 Oct 2020

“Ramai Mesej Saya Minta Bantuan” – Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah

Buat baik ramai sayang. Semoga Ustaz Ebit terus dilimpahkan rezeki..

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

Events Mon, 15 Apr 2019

Kini Jason Mraz Pula Bakal Tawan Kuala Lumpur!

Tak sabarnya nak sing along dengan bestfriend!

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan […]

error: Content is protected !!