Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 8, 2024 @ 12:00am

Rangkul 7 Anugerah, Imaginur Dinobat Sebagai Filem Terbaik FFM 33

Filem Imaginur menepati ramalan apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33).

Kemenangan utama itu sekali gus melayakkan produksi filem Imaginur, Lumatic Films Sdn Bhd menerima Dana Kandungan Kreatif bernilai RM500,000 beserta trofi.

Tercalon dalam 15 kategori, Imaginur berjaya membawa pulang tujuh trofi menerusi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Nik Amir Mustapha), Pelakon Lelaki Terbaik (Beto Kusyairy), Cerita Asal Terbaik (Redza Minhat & Nik Amir Mustapha), Penyunting Terbaik (Johan Arif Mazlan), Penataan Seni Terbaik (Rabbani Sujak) dan Lagu Tema Terbaik (Amir Jahari – Hasrat).

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, FFM 33 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.

FFM 33 turut diserikan dengan persembahan barisan penyanyi terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Aisha Retno, Marsha Milan, Nikki Palikat, Amir Jahari, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor dan Aina Abdul.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM 33:

Filem Terbaik – Imaginur – Lumatic Films
Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha – Imaginur
Pengarah Harapan – Jin Ong – Abang Adik
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy – Imaginur
Pelakon Wanita Terbaik – Susan Lankester – Rain Town
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Jack Tan – Abang Adik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elizabeth Tan – Sheriff
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Qisya Hairulzain – Magik
Pelakon Lelaki Harapan – Aniq Durar – Pagari Bulan
Pelakon Wanita Harapan – Trisha Ooi – Janna Endoro
Lakon Layar Terbaik – Jin Ong – Abang Adik
Cerita Asal Terbaik – Imaginur – Redza Minhat & Nik Amir Mustapha
Sinematografi Terbaik – Sheriff – Rahimi Maidin
Penyunting Terbaik – Imaginur – Johan Arif Mazlan
Skor Muzik Asal Terbaik – Malbatt: Misi Bakara – Jackey Yow
Penataan Seni Terbaik – Imaginur – Rabbani Sujak
Penataan Bunyi Terbaik – Mechamato Movie – Nizam Razak
Lagu Tema Terbaik – Hasrat – Amir Jahari (Amir Jahari / Amir Jahari)
Rekaan Kostum / Busana Terbaik – Abang Adik – Elaine Ng
Kesan Khas Visual Terbaik – Sheriff – Viper Studios Sdn Bhd
Tatarias / Solekan Terbaik – Abang Adik – Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng
Poster Terbaik – Walid – Layar Pictures Sdn Bhd
Dokumentari Terbaik – Pekik – Stereo Pixels Sdn Bhd
Filem Pendek Terbaik – The Missing Trophy – Wayang Works Sdn Bhd

Pemenang kategori yang tidak dipertandingkan:
Anugerah Khas Sepanjang Zaman – A Galak
Anugerah Khas Karyawan – Indra Che Muda
Anugerah Khas Juri (1) – Filem Naam Katra Isai (Muzik Kami Pelajari)
Anugerah Khas Juri (2) – Filem Duan Nago Bogho
Anugerah Khas Juri (3) –
Filem Box Office – Sheriff – Skop Productions & Astro Shaw

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

八度空间电视剧《假面2》收视报捷!

正于八度空间热播的『原创强档』中文电视剧《假面2》随着剧集的播出后频频报捷,收视再创新高!

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Trending Fri, 22 Jun 2018

Demi Bahagia, Wanita Ini Pilih Hidup Bermadu Walaupun…

Jika saya pilih berpisah dengan suami, secara jujurnya saya mungkin akan menderita…Bukan semua wanita mampu buat apa yang wanita ini sedang lalui, anda kuat!

Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

error: Content is protected !!