Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 11, 2018 @ 10:28am

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan?

Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun lebih berusia daripada dirinya sudah tentu ada alasan sendiri, siapa kita mempersoal jodoh mereka. Ini sebab mengapa suami lebih muda buat anda lebih gembira:

1. Tenaga tak terhad

Suami lebih muda tanpa berfikir panjang boleh sahaja mengajak anda membuat kerja-kerja gila seperti memandu ke Melaka di hari bekerja semata-mata untuk menikmati asam pedas dan pulang pada malam yang sama! Saat-saat sebegini akan dikenang dan menjadi memori paling manis sepanjang perhubungan kalian nanti.

2. Keseronokan sejati

Usia muda memungkinkan si dia untuk memiliki jiwa dan kecenderungan untuk sentiasa menikmati hidup sepuasnya. Anda boleh bermain games kesukaan, ke konsert atau festival muzik bersama atau menonton wayang filem pecah panggung tanpa dirancang.

3. Kurang ‘bebanan’

Pengalaman mendewasakan, tapi pengalaman juga mengubah seseorang menjadi individu yang berbeza seiring usia. Dengan pasangan lebih muda, makin kurang risiko menanggung kekecewaan hubungan masa lalu yang mungkin memberi kesan kepada ikatan hari ini.

Pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin salah satu contoh pasangan berbeza umue yang kini bahagia menempuhi alam perkahwinan.

4. Pengalamanmu seksi di matanya

Mungkin anda sudah mengharungi pahit maung kehidupan sebelum menemukan suami yang membuka lembaran baru kehidupan. Dalam tak sedar, pengalaman membesarkan anak sendirian terlihat seksi dan menarik di mata si dia. Siapa tahu?

5. Ketahanan dan eksperimentasi di ranjang

Do we need to elaborate more on this? Tenaga muda yang memacu hubungan intim sepanjang malam untuk kebahagiaan anda mampu mengubah mood baik sepanjang hari keesokannya.

6. Berjiwa muda sentiasa

Kita akan perlahan-lahan menjadi seperti orang sekeliling kita tanpa disedari. Lelaki muda mempunyai kawan-kawan sebaya yang akan melibatkan anda dengan aktiviti mereka. Anda akan berjiwa muda dan melupakan seketika usia sebenar dan menjadi sebahagian daripada mereka.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Dec 2017

Wang kertas peringatan sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas sebagai peringatan

Trending Thu, 10 Sep 2020

Balu Abam Puas Hati, Pembahagian Harta Berdasarkan Hukum Syarak

Semoga urusan kedua belah pihak baik-baik sahaja.

Trending Thu, 7 Oct 2021

Akim & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA

Tidak dinafikan sepanjang tempoh hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri hiburan tempatan terutama arena muzik sunyi. Tidak banyak perkembangan baharu dilihat. Enggan terus dibelenggu kesepian, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy menerusi syarikat rakaman […]

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

error: Content is protected !!