Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 5:36pm

Tertarik Dengan Mesej Dalam Lagu,  Siti Nurhaliza Teruja Nyanyi OST Filem Anwar: The Untold Story – “Terbayang Kesetiaan & Pengorbanan Dr. Wan Azizah…”

Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto menerusi lagu Menjaga Cintamu tercapai sekaligus berasa teruja apabila dapat menyanyikan lagu runut bunyi (OST)  bagi filem Anwar: The Untold Story.

Menurut Siti, dia sudah lama menunggu untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi sekaligus menganggap peluang yang diberikan ini sangat bermakna buat dirinya.

“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.

“Sejujurnya, saya sudah lama menyimpan hasrat bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi. Jadi, peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan sangat bermakna.

“Saya jarang menolak menyanyikan lagu OST. Apabila wakil penerbit datang berbincang dengan pengurusan, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini danperbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun sekadar menyanyikan lagu, namun dia mengaku karya ini menggambarkan tentang pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri yang ditunjukkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya terima tawaran menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini. Ia bukan hanya gambaran kesetiaan Dr Wan Azizah, tetapi secara amnya, untuk wanita yang setia mencintai pasangan.

“Saya amat tertarik dengan mesej dalam lagu ini. Saya faham lirik lagu Menjaga Cintamu ini lebih kepada pengorbanan seorang isteri dan cinta yang tiada tolok bandingan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti juga mengaku turut berdepan cabaran ketika menyanyikan lagu OST ini memandangkan keadaannya yang baru sahaja pulih dari Covid-19.

“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja bersama Andi dan menyanyikan pula lagu ciptaan dari komposer hebat sepertinya.

“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk nyanyi lagu Menjaga Cintamu kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan dijangkiti Covid-19.

“Saya bersyukur sering menyanyikan lagu-lagu komposer Indonesia. Jadi, sedikit sebanyak saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik, begitu juga Andi.

“Saya merakamkan lagu Menjaga Cintamu selama sejam. Andi terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih.

“Namun, lagu Menjaga Cintamu memang mudah menyerap dalam hati, jadi saya dapat menyanyikan dalam tempoh singkat,” ujarnya.

Filem Anwar: The Untold Story mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei depan.

Filem membabitkan kos sebanyak RM10 juta itu mengetengahkan kisah benar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Filem Anwar: The Untold Story menampilkan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa, Saskia Chadwick, Dewi Irawan, Piet Pagau, Felice Lovely Hidayat dan Azzahra Annasera dan ramai lagi.

Selain Malaysia, filem terbitan Bianglala Entertainment itu turut menjalani penggambaran di Indonesia.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kini Berkhidmat Sebagai Pensyarah, PU Amin Zahirkan Kepentingan Lahirkan Tenaga Pakar Agama Khususnya Haji & Umrah

PU Amin menegaskan kepentingan melahirkan tenaga pakar dalam bidang berkaitan agama, khususnya Haji dan Umrah.

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

Isteri Faisal Halim, Syazwani beri bayangan dah lama tak jumpa anak

Trending Mon, 7 Feb 2022

“Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2CM” – Cerita Detik Melahirkan Bilal, Neelofa Berterima Kasih Kepada PU Riz

Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa, 33, menceritakan detik ketika bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal. Melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz pada 29 Januari lalu, Neelofa mendedahkan perkara terbabit […]

Kes Mahkamah Wed, 12 Jun 2024

Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis 

Semoga kes ini berjalan lancar

Events Wed, 17 Oct 2018

Wanna Learn Sign Language? Here’s Dates for Some Upcoming Classes

It’s a good language to add to our list of expertise.

Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Tahniah…Nicholas Saputra Dilantik Duta UNICEF Indonesia!

Dalam masa sama, Nicho ingin membantu menyuarakan hak anak di Indonesia agar dapat menikmati kehidupan lebih baik.

Trending Mon, 3 Sep 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti. Elfira Loy Bertunang Lagi

Majlis merisik dan bertunang itu berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon itu di Alam Damai, sekitar  jam 10 pagi semalam.

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

error: Content is protected !!