Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:30pm

Saiful Akui Imej Kini Bertentangan Dengan Agama, Namun Enggan Hipokrit

Penyanyi era 2000-an, Saiful, 39, mengakui secara terbuka tindakannya kini mungkin bercanggah dengan ajaran agama, namun dia enggan berselindung atau berpura-pura hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Memetik laporan Harian Metro, Saiful berkata dia tidak mengendahkan segala kecaman terhadapnya, meskipun sedar perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama.

Saiful menjelaskan dia enggan berada dalan kehidupan hipokrit sehingga terpaksa menipu diri sendiri.

Bukan itu sahaja, Saiful juga menegaskan keputusannya itu tidak memberi bebanan kepada orang lain, sebaliknya dia reda dengan segala tohmahan dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, nama Saiful kembali menjadi bualan hangat selepas kemunculan semulanya dalam satu video tular di TikTok yang memaparkan dirinya tampil dengan imej lebih ‘feminin’.

Video berdurasi seminit itu menyaksikan Saiful menyanyikan semula lagu hitsnya, Ku Juga Mencintai Dirimu, dengan penuh penghayatan.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Imej Terkini Penyanyi Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Berubah Lebih ‘Feminin’

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Redha Tapi Rindu…Ali Puteh Tidak Mahu Anak Menderita

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

WOWSHOP Sambut Ulang Tahun Ke-10, Kempen ‘WOW 10 You’ Tawar Ganjaran Lumayan

Bagi menghargai sokongan pelanggan, WOWSHOP melancarkan kempen ulang tahun ke-10 bertemakan WOW 10 You.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Shuk Sahar Tetap Kunci Mulut Isu Rumah Tangga – “Dah 2 Minggu Kena ‘Block’ Dengan Isteri”

Terus kunci mulut, Shuk Sahar mahu fokus terhadap perniagaan di Singapura.

Trending Sat, 13 Mar 2021

Yonnyboii Bergabung Dengan Penyanyi Indonesia, Filipina & Thailand

Sejajar dengan pelancaran filem Disney berjudul ‘Raya And The Last Dragon’ dan untuk meraikan filem Walt Disney Animation Studios yang pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara, empat artis muzik terkenal yang berasal dari Indonesia, Filipina, Thailand […]

error: Content is protected !!