Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 13, 2021 @ 4:44pm

Fedtri Yahya Raih Anugerah Tokoh Khas Ma’al Hijrah 2021

Siapa sangka Pengacara, Penulis lirik dan Penerbit Kanan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Fedtri Yahya merupakan penerima Anugerah Tokoh Khas kategori Pendakwah Kreatif Ma’al Hijrah 1443H/2021M.

Menurutnya, kejayaan ini  adalah atas hasil kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul dan juga pasukan hebat dalam menghasilkan lagu- lagu berjiwa besar.

“Ya Allah terkejut sangat dan pada masa sama bersyukur atas penghargaan ini. Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul. Juga buat pasukan hebat dalam menghasilkan lagu- lagu berjiwa besar”

“Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi istiqamah insya-Allah. Terima kasih rakan sekerja, sahabat- sahabat sejati dan penyokong yang sentiasa memberi kata semangat. Istimewa buat keluarga, isteri dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.” katanya.

Anugerah yang diterima Ahmad Fedtri ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan beliau yang aktif dalam menyampaikan mesej berunsur dakwah di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Ia termasuklah, sumbangan beliau dalam  berkongsi ilmu ketika menjadi pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Jejak Rasul, Madrasah, Dari Masjid Ke Masjid, Sahabat Backpackers, Sebalik Malam dan Soal Rakyat. Malah, beliau juga pernah dilantik sebagai duta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Syria.

“Ilmu perlu dikongsi kepada semua dan saya akan terus untuk berkongsikan pengalaman dan mesej yang dapat membimbing kita menjadi insan yang lebih baik.

Ilmu ini meluas. Saya pula suka berkarya dan segala ungkapan yang ingin disampaikan akan dikongsi menerusi buku mahupun lirik lagu yang lebih mudah untuk difahami dan diingati semua,” jelasnya.

Terdahulu, program Ma’al Hijrah yang bertemakan Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini turut menobatkan beberapa anugerah lain kepada tokoh yang terpilih termasuklah, kepada saudara Roslee Bin Ali iaitu penggali kubur di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Apr 2020

Semakin Berisi, Kak Lina Pom Pom Kini Hamil?

Sebab tu ke Kak Lina makin berisi?

Featured Thu, 27 Mar 2025

Michael Ang Anggap Isu Plagiat Sekadar Marketing? – “These Days Bukan Boleh Percaya Benda Macam Ni”

Tidak mahu ketinggalan mengulas isu plagiat antara pengasas jenama pakaian baju Melayu popular, El Azman dan pereka fesyen, Emran Rijal, Pengarah terkenal Michael Ang tampil berkongsi pendapatnya.

Kisah Viral Sun, 8 Mar 2026

Waktu Solat Malaysia Tampil Dengan Langganan Tanpa Iklan, Artikel Dalam Aplikasi Sempena Ramadan

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan langganan tanpa iklan serta ciri artikel dalam aplikasi sempena Ramadan 2026.

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

“Tak Pernah Rasa Ada Gambar Keluarga Lengkap…” – Emma Maembong Kekalkan Raya Sedondon Dengan Bekas Suami Demi Momen Manis Anak-Anak

Emma berkongsi pengalaman zaman kecilnya yang pernah berdepan situasi tidak memiliki gambar keluarga yang lengkap

Featured Tue, 21 Jan 2025

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara.

error: Content is protected !!