Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2025 @ 3:03pm

Nadhif Basalamah Jelajah Asia Tenggara, ‘Menjaga Hati Tour 2025’ Bakal Singgah Di KL 11 September Ini!

Bintang baharu yang menggegarkan arena muzik Indonesia, Nadhif Basalamah bakal bertemu peminat di Malaysia sempena jelajah Asia Tenggara menerusi ‘Menjaga Hati Tour 2025’.

Bakal berlangsung pada September ini, pelantun lagu Bergema Sampai Selamanya ini bakal menemui peminat di Kota Kinabalu pada 10 September, Kuala Lumpur pada 11 September dan Singapura pada 12 September.

“Asia Tenggara, saya akan datang untuk anda! Ia adalah satu impian bagi saya untuk menjayakan persembahan dari satu bandar ke bandar lain, sambil berpeluang mengenali dan berkawan dengan setiap seorang daripada anda yang begitu hebat.

“Saya berharap dapat bertemu anda semua tidak lama lagi, ini hanyalah permulaan. Saya akan mengadakan jelajah konsert pada bulan September ini, dengan persembahan di Sabah, Kuala Lumpur dan Singapura,” tulis Nadhif di Instagram.

Untuk peminat Malaysia, Nadhif bakal singgah ke Hakka Hall di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September dan di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 11 September ini.

Untuk pembelian tiket dan informasi lanjut, peminat boleh layari laman web https://www.ticketmelon.com/bbe/

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan penuh emosi dan magis daripada Nadhif Basalamah dalam siri jelajah ‘Menjaga Hati’ yang dijangka menjadi salah satu konsert paling dinanti tahun ini di rantau ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Lembu Cemas Tersepit, Terima Kasih Abang Bomba!

Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan. Alhamdulillah, akhirnya lembu itu berjaya dikeluarkan dengan selamat!

Featured Tue, 21 Apr 2026

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Trending Wed, 21 Apr 2021

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Ibu bapa, guru dan pelajar patuh SOP okay!

Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Senang-Senang Tengok Video Saya” – Syaiful Zero Jawab Tuduhan Kutip Sumbangan Untuk Kegunaan Peribadi

Syaiful Zero menegaskan setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya bagi tujuan infaq

error: Content is protected !!