Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 1, 2022 @ 1:24pm

[VIDEO] Najwa Latif Perform Lagu Kosong, Netizen Imbau Kenangan Sekolah – “Zaman Artis Bakat Dari YouTube”

Baru-baru ini, nama penyanyi Najwa Latif sekali lagi menjadi bualan warganet apabila nyanyiannya di sebuah acara tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman yang memaparkan Najwa sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu popularnya berjudul Kosong.

Tampil dengan imej sopan, penyanyi yang juga seorang pensyarah tersebut ternyata mencuri perhatian penonton dengan nyanyian yang memukau.

“Najwa Latif sing Kosong.

”Dah lama tak dengar lagu ni secara live dari Najwa Latif,” tulis pengguna tersebut di ruang kapsyen.

@farah.azr Najwa Latif sing kosong..Dah lama tak dengar lagu ni secara live dari @Najwa Latif 🥰❤️ #najwalatif #kosongkosong #kosong #hypenight #hypenightinkl ♬ original sound – farah.az

Ternyata persembahan tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan pendengar terhadap penyanyi yang mula aktif pada tahun 2011 itu.

Sehingga kini perkongsian tersebut telahpun mencecah lebih 300,000 tontonan, 23,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Najwa mencipta fenomena suatu ketika dahulu apabila tampil dengan single pertama berjudul Cinta Muka Buku yang sekali gus mara ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26.

Kerjaya seni Najwa agak perlahan sejak menyambung pelajaran dan bergelar seorang pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Berdasarkan tinjauan XTRA di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat menyaksikan persembahan Najwa malah ada yang memuji vokal penyanyi tersebut masih sama seperti dahulu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, […]

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Trending Wed, 24 Mar 2021
Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

error: Content is protected !!