Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 15, 2023 @ 11:18am

Individu Gesa Fatin Afeefa Bagi Bekas Suami Jumpa Anak, Ini Respons Padu Empunya Badan – “You Nak Surat Lawyer Ke?”

Pelakon Fatin Afeefa tampil memberi respons padu kepada seorang individu yang menggesanya untuk memberi bekas suaminya, Adam Shahz bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, individu tersebut telah membangkitkan isu tersebut menerusi ruangan komen ketika pelakon Tentang Bulan itu sedang membuat live.

Menurut individu tersebut, Fatin tidak boleh menghalang Adam dari berjumpa anaknya yang bakal menjadi wali kepadanya suatu hari nanti.

“Wei, Faa bagi ex kau jumpa anak-anak dia. Kau tak boleh larang dia jadi wali or jumpa ayah dia,” komen netizen.

Menyedari perkara itu, Fatin seolah-olah sempat membuat tangkap layar dan tenang membalas kenyataan individu tersebut.

“Awak nak saya surat lawyer ke? Awak cakap macam ni awak nak surat lawyer ke? Kalau awak nak, saya boleh mintakkan lawyer saya sediakan surat untuk awak. Kalau awak naklah.

“Cara awak cakap macam ni macam melampau pula. Kalau nak boleh cakap. Kalau teringinlah nak naik turun court. Okay, takda? Better minta maaf sekarang,” katanya.

@babes_faa Biasa la Netizen 🥲 #fatinafeffa #artismalaysia #fateen #dudukje #suamifatinafeefa #suamiistribahagia #artismalays ♬ original sound – Fatinafeefa🦋

Terdahulu, Fatin dan Adam gagal dalam mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka, Ivy.

Hal ini susulan bantahan yang difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka.

Hasil perbicaraan pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menangguhkan kes berkenaan untuk sebutan kali kedua pada 17 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan Tapi Fatin Afeefa Bantah, Maklum Empat Bulan Tak Jumpa Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Events Mon, 8 Oct 2018
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Aaisyah Tak Malu Depan Kamera, Che Ta Terbuka Jika Anak Mahu Jadi Artis

Che Ta sebelum ini menyangka Aaisyah seorang yang pemalu dan tidak yakin di hadapan kamera

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Akberdin menegaskan, ketika kejadian berlaku prosiding tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak masih berjalan

Hiburan Mon, 12 May 2025

“Mama, Mana Makanan Kakak? Ayam Tadi Sedap” – Kisah Nasi Dibuang Undang Air Mata Ayu Hot FM, Mahany Dedah Luahan Hati Anak

Video Mahany yang menangis menceritakan pengalaman ketika dia membeli sepinggan nasi berlauk ayam untuk anak-anak menyentuh hati.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Wed, 2 Oct 2024
error: Content is protected !!