Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2022 @ 2:05pm

‘Kenenkan’ Adik Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Akui Rasa Dikhianati – “Hubungan Mereka Toksik Dan…”

Terpalit dengan kontroversi melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam cubaan untuk menjodohkan adik bongsunya bersama wanita terbabit.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat satu hantaran di Instagram miliknya menjelaskan yang adik bongsunya itu seorang yang sangat pemalu, justeru Nurul mencari inisiatif untuk mencarikan jodoh buat adiknya.

“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya.

“Mengenali orang kena tuduh (OKT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

“Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan.

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, Nurul mendedahkan hubungan percintaan mereka tidak kesampaian setelah timbul beberapa konflik sehingga jalinan antara mereka berdua dianggap toksik.

Tambah Nurul lagi, beliau bersama adik-beradik yang lain menentang sekerasnya hubungan tersebut dan seakan tidak membenarkan mereka melangkah ke alam perkahwinan memandangkan jalinan cinta mereka tidak serasi.

Malah, Nurul turut mengakui beliau rasa amat ‘dikhianati’ oleh perbuatan tersebut.

“Hubungan mereka sering tegang dan menjadi semakin renggang.

“Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang toksik seandainya sudah tidak ada persefahaman dan tiada keserasian.

“Tidak timbul cerita hampir kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang hubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku.

“Cukuplah saya nyatakan, saya rasa dikhianati. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” jelasnya lagi.

Di hantaran yang lain, Nurul menafikan dakwaan keluarganya cuba untuk melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang kini sedang berhadapan perbicaraan mahkamah mengenai kes penderaan atas remaja sindrom down, Bella.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Dec 2024

Berjubah & Berhijab, Penampilan Amelia Christie Terima Pujian – “Terima Kasih Ya Allah”

Ada yang mendakwa Amelia memakai pakaian menutup aurat itu hanyalah sekadar mempromosikan pakaian muslimah sebuah produk pakaian.

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Amir Hasan Luah Perasaan Dalam ‘Pelangi’

Evolusi Amir Hasan dalam lagu berjudul Pelangi

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Gordon Ramsay Forced to Eat Bull Penis in Front of Live Audience!

It was a crazy truth or dare game gone wrong.

Featured Thu, 2 Oct 2025

Kapsyen Curi Perhatian, Alif Satar Kongsi ‘Teguran Sentap’ – “Cinta Dunia Tapi Takut Mati…. Itu Kita Lah!”

Menerusi kapsyen pendek itu, Alif berkongsi petikan hadith Nabi SAW yang sarat dengan peringatan.

Trending Hari Ini Thu, 11 Jun 2020
Trending Tue, 10 Mar 2020
error: Content is protected !!