Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 3, 2018 @ 2:01pm

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Penyanyi terkenal era 90 an, Shima meluahkan rasa syukur apabila dapat memulakan perniagaan nasi campur di tapak berdekatan rumahnya.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Luka Di Lukai ini, gerai yang terletak Damansara Damai itu mula beroperasi hari.

“ Ia sebagai salah satu langkah menambah pendapatan. Hasrat untuk berniaga nasi campur sudah lama tapi kena cari tempat sesuai. Kebetulan tapak ini dekat dengan kawasan orang lalu-lalang.

“Cuma buat masa ini, jualan yang bermula jam 11 pagi hingga petang hanya untuk makanan dibawa pulang atau ‘tapau’. Bagi saya, apabila diberi ruang untuk berniaga pun saya sudah bersyukur,” katanya.

Gambar Ihsan: NSTP

Akui Shima, ini merupakan pengalaman pertama dia berniaga dan gerai ini dinamakan ‘Warung Teringin’

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Mon, 23 Dec 2024

Merinding! Showcase Back To Basic Ekspresi Cinta Misha Omar Buat Peminat

Terbuai, sebak dan rasa intimate, pastinya peminat dan penonton yang hadir berasa puas!

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Events Fri, 4 Jan 2019

Harga Minyak Turun Malam Ini

Apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Sat, 27 Dec 2025

“Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”-  Isa Khan Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Risteena Sudah Berakhir?

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, kapsyen yang disertakan pada hantaran di TikTok miliknya itu dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini telahpun terlerai.

error: Content is protected !!