Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 26, 2022 @ 9:10am

Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Tempat Melepaskan Geram & Nafsu Serakah Bapa Tiri

Susulan siasatan kes melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang didera sehingga maut akibat dipijak, kali ini suspek yang sama juga difahamkan turut menoda dan mendera anak tirinya berusia empat tahun di kediaman mereka di Malau, Jitra.

Perbuatan kejam lelaki terbabit menjadikan anak kedua daripada tiga beradik itu sebagai tempat melepaskan geram dan nafsu serakah diketahui selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat mangsa di Bahagian Kecemasan Hospital Jitra.

Kejadian yang dilaporkan sekitar jam 4.20 petang itu dimaklumkan oleh doktor selepas mangsa yang berusia empat tahun itu disyaki didera dan pemeriksaan lanjut turut mendapati ada kesan koyakan pada alat sulit dan dubur kanak-kanak malang terbabit.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandung serta bapa tiri dan abang sulung berusia enam tahun, selain adik bongsu perempuan yang berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Maut Didera Hingga Usus Pecah, Disyaki Berpunca Akibat Dipijak

Menurut sumber, pemeriksaan pada tubuh mangsa juga mendapati terdapat kesan cakar pada muka, badan serta kesan gigitan di kedua-dua telinga serta bahu.

“Selain itu, terdapat juga parut luka lama akibat dicucuh puntung rokok di paha, betis serta kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

“Berikutan itu, doktor memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara menyeluruh di bahagian alat sulit mangsa yang akan dilakukan hari ini di Hospital Jitra,” katanya.

Selain itu, mangsa juga dilaporkan masih berada dalam keadaan trauma dan sukar untuk diambil keterangan selain lebih banyak berdiam diri.

Terdahulu, suspek yang berusia 22 tahun ditahan bersama isterinya berusia 26 tahun yang juga ibu kandung kepada tiga kanak-kanak terbabit selepas disyaki mendera anak bongsu perempuan yang berusia tiga tahun hingga maut.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Featured Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Sat, 11 May 2019

Hasrat Miliki Anak Kembar Tak Kesampaian, Isteri Aliff Syukri Reda…

Semoga segala urusan melahirkan anak dipermudahkan… Insha Allah ada rezeki lain menanti.

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Wed, 30 Apr 2025

Backup Ameera Khan, Jefri Nichol Tinggal Komen Sarkastik

Nichol tampil memeprtahankan Ameera selepas kekasihnya itu menerima komen jelik.

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

The Queen Choi Sooyoung of Girls’ Generation Has Come to Conquer YouTube

We stan! Literally, even before anything else, we seriously stan!

Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Tampilkan Lakonan Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Fizz Fairuz, DJ Lin & Ramai Lagi… Drama Raya ‘Hayati’ Angkat Genre ‘Psikologi Emosional’

Menampilkan barisan pelakon hebat, drama raya berjudul ‘Hayati’ menjadi sebuah naskhah unik.

error: Content is protected !!