Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi May 14, 2024 @ 2:04pm

“Alhamdulillah After 7 Years, Officially Married” – Nurulhidayah Ahmad Zahid 

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah akhirnya dapat menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram(IG), Nurulhidayah meluahkan rasa syukur apabila proses penyiasatan dan pendakwaan berkaitan pernikahannya selesai selepas 7 tahun.

“Alhamdulillah after 7 years #ytjt

“Terima kasih buat Yang Berusaha Tuan Peguam Syarie @fakhrul_azman_hasan yang bersama kami dikala jatuh dan bangun.

“Officially married!,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Nurulhidayah turut berkongsi foto dia dan suami bersama peguam di Mahkamah Rendah Sayriah Gombak Timur.

Dalam pada itu, Nurulhidayah menyifatkan isu tersebut adalah pengajaran dalam hidupnya agar tidak mengambil mudah mengenai sesuatu perkara.

“Segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.

“Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi ‘kebiasaan’ bagi mereka yang mengambil kesempatan atas ‘kemudahan’ yang bakal memberi implikasi kemudian hari.

“Terima kasih Allah atas petunjuk dan jalan bagi segala kesempitan,” tulisnya lagi.

Berkongsi lanjut, Nurulhidayah turut menjawab pertanyaan dari pengikutnya dengan menyatakan dia dan suami baru sahaja menerima surat nikah dari Kerajaan Malaysia.

“Baru dapat surat nikah dari Kerajaan Malaysia,” balas Nurulhidayah kepada seorang pengikut.

“Lama sebab kena masuk proses penyiasatan dan pendakwaan,” jelas Nurulhidayah.

“Itu surah nikah dari Kerajaan Arab Saudi. Nak legal di Malaysia perlu ada surat dan sijil nikah dari Kerajaan Malaysia,” maklum Nurulhidayah kepada wargamaya.

Nurulhidayah Nurulhidayah

Nurulhidayah

Nurulhidayah melangsungkan pernikahan di Masjidil Haram Makkah pada 2017

Terdahulu, Nurulhidayah sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram (Masjidil Haram), Makkah pada Jun 2017.

Difahamkan, kedua-dua mereka secara khusus memilih Tanah Suci Makkah kerana percaya ia merupakan sebuah tempat yang istimewa sebagai menandakan detik penting mereka.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu ditahan polis Thailand bersama ribuan pil kuda.

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

’Cukup Buat Saya Macam Pengemis’- Bekas Isteri Cef Fikree Kecewa Kena Halau Rumah

Saya tu perempuan, awak tu lelaki. Berhenti, tolong berhenti membuli…

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Wed, 23 Jul 2025

“Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

Fathia Latiff rela bujang sampai tua, serik jumpa lelaki didakwa berperwatakan tak baik

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Senario Beri Penjelaskan Ketiadaan Pak Ya – “Kami Dah Berbincang, Ini Atas Permintaan….”

Kumpulan Senario tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan pelawak Ilya Buang atau Pak Ya.

error: Content is protected !!