Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 15, 2019 @ 5:25pm

Kini Jason Mraz Pula Bakal Tawan Kuala Lumpur!

Selepas boyband popular Blue dan Ed Sheeran menggegarkan tanah air, kini gilaran penyanyi Jason Mraz pula bakal bertandang ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajahnya, Good Vibes bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 Mei depan.

Konsert jelajah Good Vibes pada mulanya dilancarkan di Amerika Utara pada musim panas lalu. Dan kini diteruskan ke Asia termasuklah Malaysia, Manila, Singapura, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei sepanjang bulan depan.

Mraz juga menyifatkan kedatangannya ke Malaysia membuatkan beliau berasa teruja kerana dapat merasai semangat peminat-peminatnya di negara Asia yang cukup luar biasa.

” Saya dapat rasakan setiap kali berada di sini, peminat amat menghargai persembahan saya. Malah, penyertaan penonton di Asia sungguh harmoni dan supersonik.” Katanya.

Pengumuman siri jelajah Good Vibes ini dibuat bagi menyokong promosi album keenamnya yang berjudul Know. Album Mraz yang kelima ini juga berjaya tersenarai dalam carta top 10 Billboard 200.

Jadi, buat peminat tegar penyanyi lagu I’m Yours ini , korang bolehlah membeli secara online menerusi Superdeals. com.my dengan tawaran yang cukup eksklusif!

Terdahulu, Mraz pernah menggegarkan Kuala Lumpur menerusi siri jelajahnya pada tahun 2009 dan kembali semula bagi jelajah  Tour Is A Four Letter Word  pada tahun 2012.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Wed, 31 Jan 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Isteri Menanti Hari Nak Bersalin, Sufian Suhaimi Sedia Mental Jadi Bapa

Sufian mengakui masih berasa berdebar memandangkan pengalaman pertama bergelar bapa bukan sesuatu yang mudah

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

《MIB星际战警》外传主角是《雷神3》两大咖

经典电影《MIB星际战警》(Men in Black)确定再拍新作品,而且《雷神3》CP「雷神索尔」克里斯汉斯沃(Chris Hemsworth)、「女武神」泰莎汤普森(Tessa Thompson)再度合体担纲主角。

error: Content is protected !!