Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2024 @ 8:07pm

Isu Rumah Saiz Kotak Kasut Cecah Jutaan Ringgit, Perunding Hartanah Tak Setuju Kenyataan Diana Danialle – “Berpelajaran Tak Semestinya Awak Pakar”

Seorang perunding hartanah dikenali sebagai Nurfathya tampil membidas kenyataan pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berhubung isu rumah saiz kotak kasut mencecah harga jutaan ringgit.

Menerusi platform Threads, individu tersebut menganggap bahawa rumah dan emas adalah keperluan asas dimana nilai aset-aset tersebut akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Rumah ini satu keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi nak kena tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?

“Untuk pengetahuan, emas dan rumah kedua-duanya aset. Beza dengan liabiliti seperti kereta. Beli hari ini, besok nak jual kereta itu dah tak ada nilai. Kalau rumah, makin lama makin berharga sebab itu lokasi rumah itu penting.

“Awak pelakon idola saya. Tetapi. kali ini sebagai perunding hartanah saya nak tambah sikit isu rumah besar kotak tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh bayangkan tak nanti tahun 2030? Rumah besar kotak tisu tapi harga dah juta tu boleh terjadi.

“Saya bagi contoh, kalau dulu nilai wang ringgit RM50 besarkan, boleh beli macam-macam. Sekarang, RM50 beli satu dua benda sahaja.

“Sorry @dianadanielleb, berpelajaran tak semetinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak,” tulisnya.

Diana Danielle

Sebelum ini, Diana berpendapat adalah tidak berbaloi untuk membeli rumah di Malaysia buat masa ini memandangkan harga dan tahap keluasan rumah tidak berpatutan.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Selera Nak Beli Rumah Di Malaysia, Semua Size Kotak Kasut Tapi Harga Setengah Juta… Baik Beli Emas” – Diana Danielle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘Salah Tetap Salah’- Krisis Kakak Buat Aprena Manrose Serba Salah

Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa…

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

‘Saya Mualaf’ Bawa Tuah Buat Da’i Adam, Tahniah!

Pemuda berusia 26 tahun dan merupakan mualaf ini memukau hadirin yang ada di dalam studio Sri Pentas 2 dengan persembahan diluar kotak. Judulnya ringkas namun menyentuh jiwa.

Trending Thu, 4 Oct 2018

‘Sebelum Tulis Pakai Otak’, Lelaki Kena ‘Sekolah’ Netizen Lepas Kecam Wira Bomba

Semua berhak memberi peluang kedua ..saya pon rasa bersalah sangat ni Insya Allah lepas ni saya akan berhati-hati ketika komen…Hurm, lepasni sebelum menulis, fikir banyak kali ya!

error: Content is protected !!