Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 5, 2020 @ 1:00pm

Ayda Jebat Digelar Psiko Kerana Cindai?

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dikira berjaya membawa watak seorang gadis yang menderita penyakit bipolar disorder di dalam drama rantaian terbaharu lakonannya, Cindai apabila menerima pelbagai jenis reaksi masyarakat yang kurang senang dengan watak yang dibawanya sehingga kan kotak mesej dihujani mesej peribadi di Instagram. 

“Saya paparkan realiti kehidupan sebenar.  Orang luar harus tahu ramai golongan bipolar disorder yang menderita di sebalik kegembiraan. 

“Ada  yang gelar saya persis watak Chucky dalam filem Child’s Play dan Joker.  Ada juga yang menghantar komen bukan-bukan dengan mengatakan saya wanita psiko dan gila. 

“Saya juga menerima mesej daripada pesakit bipolar disorder yang mengakui terganggu dengan watak yang saya bawakan itu.  Niat saya hanya satu iaitu nak memberi pendedahan mengenai penyakit ini. 

“Jika ada yang membenci atau geram saya tak boleh nak buat apa.  Saya sedaya upaya membawakan watak itu dengan sebaik mungkin hingga saya mengalami kecederaan ketika penggambaran,” katanya kepada Harian Metro. 

Ayda mengakui watak Cindai merupakan salah satu watak yang paling sukar untuk dibawanya dan dia cuba sedaya upaya untuk menyelami perasaan Cindai sebagai seorang pesakit yang mengalami gangguan jiwa supaya ia dapat membuat mata dan minda penonton terhadap mereka yang menderita penyakit ini. 

“Ia antara watak yang sukar untuk saya bawakan setakat ini.  Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli dan disisihkan tetapi perlu melalui fasa hidup yang berlainan zaman dewasanya. 

“Sebenarnya ramai yang mengalami penyakit ini.  Jika tidak dirawat, lama-kelamaan ia boleh mengancam nyawa dan melakukan hal yang bukan-bukan. 

“Saya berterima kasih kepada pihak produksi dan stesen televisyen kerana mengetengahkan mengenai penyakit itu untuk memberi pengajaran kepada penonton,” katanya yang turut menjelaskan kondisi seorang pesakit bipolar disorder melalui sebuah entri di Instagramnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

? . Trending today! Semua dalam #Cindai ada dark side? Comment! Panas cerita harini. Kat twitter macam nak meletop! Mind blow, plot twist. Sakit otak tak tengok? Salah Cindai ke? ? . Nampak macam baik, tapi kena baik-baik. Nampak baik hati, tapi kena hati-hati. . ______________________________________________________________ . BIPOLAR DISORDER : . Manic : Ciri & gejala yang muncul dari gangguan bipolar – . 1. Berasa terlalu bahagia dan bersemangat. 2. Sangat sensitif dan mudah tersinggung. 3. Banyak makan. 4. Kurang tidur. 5. Bersikap gegabah dan melakukan kegiatan yang berisiko. 6. Bercakap dengan sangat cepat dan mengubah topik pembicaraan dari satu topik ke yang lainnya. 7. Mengalami penurunan kemampuan untuk melakukan penilaian atau membuat suatu keputusan. 8. Dapat melihat hal-hal aneh dan mendengar suara-suara misteri . Depresif : Tanda & gejala gangguan bipolar – . 1. Berasa sangat bersedih dan kehilangan harapan pada jangka waktu yang panjang. 2. Kehilangan minat dalam melakukan kegiatan harian. 3. Makan lebih sedikit. 4. Rasa ngantuk dan malas. 5. Berasa terlalu sadar diri dan minder. 6. Susah fokus. 7. Ada niat atau terfikir untuk bunuh diri. . Hal-hal di atas terjadi beberapa kali setahun atau bahkan setiap minggu. Harap hubungi doktor apabila anda dan orang yang anda sayangi menunjukkan gejala yang telah disebutkan di atas. . #AydaJebat #Cindai #CindaiReihana #BipolarDisorder #JSPictures #BetterThanYou #KuIdamkanBahagiaKuPendamkanDuka

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Cindai, sebuah drama rantaian terbitan JS Pictures arahan Jinggo, dibintangi oleh Ayda Jebat, Catriona Ross, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Niezam Zaidi, Fatin Afeefa dan Raysha Rizrose dan ditayangkan melalui slot Samarinda TV3 sejak 23 Disember lalu. 

Lagu nyanyian Ayda iaitu ‘Better Than You‘ turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama tersebut. 

 

Kredit Foto: Instagram @aydajebat 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Featured Mon, 22 Jul 2024
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Overdose Dadah Punya Pasal, Demi Lovato Masuk Hospital!

Beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan. Phew, nasib baik!

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Teh Tarik Pula Di Pasaran?

Produk terbaru ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan bungkusan super kreatif. Dijual pada harga RM 8.40 sahaja, kondom perisa teh tarik ini juga sudah mula jadi bualan di media sosial. 

Featured Wed, 9 Jul 2025

Shila Amzah Dedah Ibu Lebih Ceria & Teratur Selepas Bercerai – “Dia Ada Support System Yang Saya Sendiri Tak Ada”

Shila Amzah mengakui kehidupan ibunya, Fauziah Sarman kini semakin baik malah lebih teratur berbanding sebelumnya.

Hiburan Mon, 20 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Lima Finalis Tampil Dengan Identiti Berbeza, Masing-Masing Unik & Berbakat!

XTRA XSTAR 2025 semakin menghampiri episode akhir pada 31 Oktober 2025

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini bagi mengesahkan proses rujuk dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Featured Tue, 12 Jul 2022

“Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Alamak, ni apa kes pulak? Shahrol marah Afdlin kaitkan isu apa ni gais? Aduhai, apapun, kita bincang baik-baik ya

error: Content is protected !!