Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2024 @ 4:36pm

“Tak Ada Sekilas Benci Terhadap Dia” – Didakwa Hina & Sanggup Buat Fake Akaun, Ayah Kandung Enggan Ulas Hubungan Dingin Dengan Zara Zya

Selepas mendedahkan hubungan dingin dengan bapa kandungnya seperti yang tular di aplikasi Threads baru-baru ini, pelakon Zara Zya bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut memandangkan dia kini berada dalam keadaan yang kurang sihat.

Namun, menerusi temu bual bersama Melodi, bapanya, Mohd Zainuddin tampil menjelaskan, bahawa dia tidak menyimpan perasaan dendam mahupun benci terhadap anaknya selepas didakwa sering melemparkan kata-kata hinaan di media sosial.

Malah, dia mengaku berasa rindu dan sentiasa menyayangi aktres berkenaan.

“Saya tak nak komen banyak. Biarlah dia sendiri yang beri komen sebab saya sebagai seorang ayah tak mungkin begitu dendam dan benci pada anaknya.

“Saya sentiasa rindu anak saya, sentiasa sayang dan tak pernah rasa sekilas pun benci. Itu terserah pada dia lah. Biar dia yang beri statement. I will give my mouth shut,” katanya.

Mengulas lanjut, bapa Zara sempat menitipkan pesanan bahawa seburuk mana pun dirinya, dia tetap ayah kepada Zara.

“Tak ada apa yang saya nak katakan. Cuma, saya pesan dekat Zara, nama dia Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Sampai ke syurga pun itulah ayah dia dan takkan dapat ayah lain. Seburuk mana pun ayah dia, itulah ayah dia. Itu je saya pesan,”jelasnya.

 

Terdahulu,  Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 38, meluahkan isi hatinya selepas ada pihak membuli dan menuduhnya tanpa usul periksa.

Artikel Berkaitan:Hubungan Dingin, Zara Zya Dedah Bapa Kandung Sering Lempar Kata Hinaan – “Ada Ayah, Tapi Macam Tiada!”

Artikel Berkaitan: “Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

Artikel Berkaitan: “Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMIRA OTHMAN DAN RADIN BERCINTA?

Menurut Amira, dia masih tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Dan, berharap calon kekasihnya itu bukanlah dari kalangan orang industri

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Menghilang, Lama Tak Nampak di TikTok” – Ikut Trend, Gelagat Zizan Razak Buat Warganet Terhibur

Hahaha mmg kelakar lah Zizan ni, netizen pun semua jenis mudah terhibur ye

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Events Wed, 20 Feb 2019

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik dengan tema ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

Featured Fri, 8 Jun 2018

Gila Branded, Anak Sulung Ziana Zain Pesan Kepada Penyanyi Itu Agar Tidak Membazir

“Dari pukul 10 pagi keluar, berhenti sekejap untuk berbuka puasa dan sambung kembali sampai kedai tutup!” – Ziana Zain

error: Content is protected !!