Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 8, 2018 @ 3:00pm

Gila Branded, Anak Sulung Ziana Zain Pesan Kepada Penyanyi Itu Agar Tidak Membazir

Memang sudah menjadi caranya sejak saban tahun, untuk satu hari biasanya di awal Ramadan, dia akan menghabiskan waktu bersama empat orang anaknya di pusat membeli-belah dari pagi sampai kedai tutup untuk mencari kelengkapan Hari Raya mereka.

“Awal puasa lalu saya sudah heret anak-anak pergi beli kelengkapan Hari Raya kerana tidak mahu kelam kabut kalau tunggu saat-saat akhir.

“Dari pukul 10 pagi keluar, berhenti sekejap untuk berbuka puasa dan sambung kembali sampai kedai tutup!

“Kalau ikutkan lebih 12 jam kami dalam pusat beli-belah tapi Alhamdulillah semua persediaan selesai dalam tempoh itu,” kata penghibur terkenal Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 50.

Ziana mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia beruntung kerana anak-anaknya tidak cerewet dalam soal beli-belah dan hanya mementingkan barang keperluan sahaja.

Foto: Iluminasi

Kata Ziana, sejak kecil dia sebagai ibu memang tidak mendidik mereka tentang jenama mewah sebaliknya bersederhana dalam pelbagai perkara.

“Yang cerewet dan brand concious sebenarnya mak dia dan bukannya anak-anak! Paling senang adalah anak sulung saya, Aiman yang sentiasa ingatkan saya agar tidak membazir.

“Dia kalau hendak beli sesuatu mesti bertanya dahulu sama ada saya ada bajet dan tidak kisah kalau beli pakaian tiada jenama.

“Cuma kalau bab kasut sahaja anak-anak lelaki saya memang cukup cekap tentang apa yang terkini,” jelasnya.

Bercakap mengenai Aidilfitri, Ziana berkata, dia merancang untuk membawa anak-anaknya bercuti memandangkan mereka sudah lama membuat permintaan itu.

“Insya-Allah sambut raya dahulu di rumah keluarga saya dan hasrat itu hendak bawa mereka bercuti tetapi masih belum tahu lokasi.

“Dah lama mereka menyatakan hasrat tetapi kadang-kadang saya sibuk dan kali ini rasanya kena tunaikan permintaan itu,” jelasnya.

Foto: Astro Gempak

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Apr 2019

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Guna Buih Pembersih Peribadi

Formulasi daripada bahan semula jadi mampu memelihara kesihatan Miss V.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Mon, 18 May 2026

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Featured Mon, 13 May 2024

Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

Benda jadi di luar batas kemampuan. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita selagi mampu okay!💪

Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

error: Content is protected !!