Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 18, 2026 @ 5:53pm

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Pelakon Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Menerusi perkongsian di Threads, Amir secara terbuka mengakui dia masih belum bersedia untuk membawa karakter besar dalam produksi berkenaan.

“Terima kasih atas kepercayaan. Karakter tu terlalu besar untuk saya, kapasiti saya masih belum matang dan mampu.

“Inshaa-Allah rezeki di lain hari ya. Tahniah buat yang ditakdir. #PGL,” katanya.

Bagaimanapun dalam hantaran sama, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), Puan Sri Tiara Jacquelina juga turut memberikan kata-kata semangat buat pelakon filem Tarung: Unforgiven itu.

“Satu hari nanti, inshaa-Allah. We will get work together.tIARA jAQ

“Perjalanan awak baru bermula lagi pun Amir. Ada banyak lagi yang akan anda capai sepanjang karier awak nanti,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji tindakan dan sikap merendah diri Amir, selain menghormati keputusannya untuk tidak terburu-buru menerima tawaran besar seperti pementasan ikonik berkenaan.

Malah, ramai percaya keputusan Amir menolak tawaran tersebut bukan kerana tidak yakin, sebaliknya mahu memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally Umum Penceraian Pada Ramadan Pertama

Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sah bercerai dan membuat pengumuman itu di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan pertama.

Trending Thu, 28 Dec 2017

「时尚之都」巴黎地下墓穴 埋葬700万人

法国巴黎被人们称为「时尚之都」,但在那里有一个超诡异的地下墓室,里头埋葬着700万具尸骨,被人们称为「骷髅墓」。据称,这个墓穴里的尸骨都是被人们刻意移来转去的,且在此之前是一个采石场。

Trending Tue, 28 Jan 2020
Featured Mon, 20 Feb 2023
Trending Tue, 7 Jan 2020

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?很多人都不清楚……

Hiburan Fri, 6 Sep 2024

Pernah Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tidak Terasa Hati… Anggap Mampu Perbaiki Bakat Lakonan

Baguslah Aniq profesional, anggap ditegur pelakon senior perkara positif!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Tue, 8 Apr 2025
error: Content is protected !!