Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 25, 2024 @ 9:32pm

“Penting Untuk Menekankan Aspek Pemulihan Kepada Pesalah…”- SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati Ke Atas Enam Bekas Penuntut UPNM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membantah hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, SUHAKAM berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian yang adil dan berkesan ke atas pesalah-pesalah itu.

Atas dasar itu, SUHAKAM meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati tersebut.

“SUHAKAM mengucapkan takziah kepada keluarga Zulfarhan dan maklum akan keputusan Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.

“Namun gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

“Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara memutuskan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Ia diputuskan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, SUHAKAM menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.

“Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

“Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Sep 2024
Events Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Ucapan Ayda Jebat Dianggap Sebagai Kurang Cerdik

Ayda Jebat tujukan ucapan itu untuk siapa sebenarnya?

Hiburan Fri, 26 Aug 2022
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

G-Dragon Accused of Getting Special Treatment but Military Denies Allegations

It’s difficult carrying out your duty when you’re also a famous celebrity.

Events Tue, 26 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek DFKL Peringkat Sekolah Menengah, Tahniah!

Tahniah kepada semua pemenang, korang memang hebat!

error: Content is protected !!