Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2024 @ 8:12am

K-Drama Terbaharu ‘Queen Woo’ Curi Perhatian Di Tonton!

K-Drama Queen Woo yang paling dinanti-nantikan tahun ini, menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah mencuri hati penonton Malaysia.

Dengan jalan cerita yang mendebarkan dan gabungan ketegangan politik dalaman serta drama, siri ini mencetuskan keterujaan besar di kalangan peminat dan pengkritik. Queen Woo bukan sahaja menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa tetapi juga menampilkan kualiti produksi yang hebat dan persembahan lakonan yang mengagumkan.

tvN Asia dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana drama sejarah, Queen Woo, yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran linear tvN Asia melalui Tonton bermula 29 Ogos 2024. Saksikan setiap hari Khamis jam 10.30 malam dengan empat episod berturut-turut. Jika anda terlepas, anda juga boleh menonton semula di Tonton sehingga 30 hari!

Queen Woo membawa penonton mengimbau kembali ke era Goguryeo, di mana krisis besar telah tercetus selepas Queen Woo Hee (lakonan Jeon Jong-seo) menerima perkhabaran kematian suaminya Raja Goguryeo (Ji Chang-wook) secara mengejut. Perkara ini menyebabkan berlakunya perebutan kuasa antara 5 puak yang bersaing ingin merampas takhta sebagai Raja Goguryeo yang seterusnya. Queen Woo harus bertindak dengan pantas untuk melindungi keluarganya daripada perebutan kuasa ini.

Untuk melindungi keluarganya dan mengelakkan krisis lebih lanjut, beliau nekad merancang perkahwinan levirat dengan salah seorang adik lelaki mendiang suaminya, agar takhta dapat diwarisi dan keluarganya kekal selamat. Woo Hee perlu menyelesaikan segala-galanya dalam masa tempoh 24 jam. Berjayakah beliau menyelesaikan misi ini dan memastikan keluarganya selamat?

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat, termasuk Ji Chang-wook sebagai mendiang Raja Go Nam-moo, Lee Soo-hyuk sebagai putera ke-3 yang bercita-cita tinggi, Go Bal-gi, Kim Mu-yeol sebagai perdana menteri yang berpengaruh, Eulpaso, Jeong Yu-mi sebagai kakak Woo Hee yang tegas, Woo Soon, dan Park Ji-hwan sebagai pengawal setia, Moogol. Saksikan para pelakon ini memberi persembahan menakjubkan yang akan membuat penonton terpukau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

《L.O.V.E.》宣传之旅最终站!陈奕迅:我真的需要休息了

《L.O.V.E.》马来西亚宣传之旅为最终站!陈奕迅松口气直叹:“我真的需要休息了~”

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Video ini mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bertunang

Wah, tak sangka Eyra dah jumpa jodoh beliau. senyap-senyap je kan?

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Pelakon ‘Airwolf’ Meninggal Dunia

Mendiang Vincent pernah mencatat sejarah di Hollywood apabila muncul sebagai penerima bayaran tertinggi di Amerika dengan jumlah $200,000 untuk satu episod dalam ‘Airwolf’.

error: Content is protected !!