Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 10, 2023 @ 6:44pm

Tiada Ibu Bapa Mahu Anak Buat ‘Keburukan’, Nora Danish Minta Beri Ruang – “Kalau Nampak Masa Depan, Nak Kahwin Pun…”

Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) menyatakan bahawa tiada ibu bapa yang menginginkan anak melakukan keburukan.

Kata Nora, setiap ibu bapa menyayangi anak sehingga sanggup menjadikan nyawa sebagai taruhan untuk memastikan anak-anak hidup lama dan bahagia.

“Tiada mana-mana bapa yang inginkan anaknya melakukan keburukan begitu juga dengan ibu. Jikalau boleh dibuat pilihan, atau jika nampak apa akan terjadi pada masa hadapan, jangan kata nak dapat anak, nak berkahwin pun tidak.

“Kita semua sedia tahu, sayangnya ibu bapa kepada anak itu sehingga kalau boleh sangguplah digantikan nyawanya, asalkan anak kita hidup lama dan bahagia,” ujarnya.

Malah, Nora sempat menitipkan pesan kepada individu bergelar anak untuk tidak meletakkan ibu bapa dalam situasi buruk dan sebagai anak perlu tahu menilai baik dan buruk.

“Sebagai anak kita ni patut tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Don’t put them in a difficult situation,” luah Nora.

Susulan itu, tidak memetik mana-mana nama, Nora meminta untuk orang ramai memberi ruang kepada mereka yang berdepan kemelut sebegini.

“I think we should now give them space. Jauh lagi perjalanan kita semua. Nauzubillah min zalik. Semoga Allah menjaga hati, mulut, mata dan perasaan kita agar sentiasa melihat, mendengar dan mendoakan yang baik-baik,” tutupnya.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran lain, Nora berpendapat bahawa kenyataan seperti ‘bini lawa pun cari lain’ perlu dibuang kerana setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.

Lagi, Nora menganggap ujian yang ditimpa seseorang itu adalah kerana mereka hebat dan mampu untuk menghadapinya.

“Dugaan Allah bagi pada mereka yang hebat adalah lebih hebat. We just see it that way ok,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 21 Oct 2018
Trending Fri, 6 Nov 2020
Featured Tue, 2 Apr 2024

Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

Allahu, moga dipermudahkan urusan abang Jaafar onn kita🤲

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Bukan Nak Banding Siapa Yang Lebih Menderita Tapi Tahu Apa Yang Sedang Diperjuangkan”  – Uyaina Arshad Nafi Perkecil Usaha Pejuang Garis Satu

Kata Uyaina, meskipun wujud golongan ‘pejuang garis satu’ seperti dirinya, namun itu tidak bermakna dia memperkecilkan usaha wanita-wanita yang sedang berjuang untuk hamil atau dikenali sebagai ‘pejuang garis dua’.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

error: Content is protected !!