Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 6, 2024 @ 2:45pm

“Filem Sheriff Masih Jauh Ketinggalan Kalau Dibandingkan Dengan Filem-Filem Aksi Indonesia” – Syafiq Yusof

Pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof menegaskan kegagalan filem arahannya, Sheriff: Narko Integriti di Indonesia bukan disebabkan penonton sebaliknya dirinya sendiri selaku pengarah.

Menurut Syafiq, semua pihak tidak patut meletakkan kesalahan di atas bahu penonton Indonesia kerana mereka berhak untuk memilih sesebuah naskah di layar perak.

“Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar!

“Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri. Tidak harus persalahkan sesiapa.

“Rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mahu dipertonton,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syafiq turut mengakui filem yang dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air masih belum dapat menandingi karya-karya hebat filem Indonesia.

Bagaimanapun, Syafiq tetap bersyukur kerana mendapat peluang menembusi pasaran di sana.

“Saya akui filem Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem-filem aksi Indonesia.

“Sekiranya sesebuah filem itu tidak laku di sesebuah tempat, itu bukan salah penonton tetapi salah pembikin.

“Saya yang harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan harus terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.

“Saya berterima kasih kepada negara Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Syafiq memaklumkan bahawa tayangan filem Sheriff di pawagam di Indonesia diturunkan secara drastik.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Feb 2021

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Tu lah kata syarat pengeluaran sudah dimansuhkan …

Trending Thu, 25 Nov 2021

Kejohanan Pertama Ejen Ali Agents’ Arena Dimenangi oleh Trio Berusia 15 Tahun dari Kedah

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas. Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen […]

Events Fri, 14 Sep 2018
Featured Fri, 3 Mar 2023

Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

‘Sekarang baru kau nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia lebih bagus’ – Shuhada

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dedah Nama Penuh Musa, Warganet Kritik Tindakan Noh Salleh

Harapnya konflik ini dapat diselesaikan dengan segera.

Trending Fri, 17 Nov 2017

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Bila Penyewa Kata Nak Keluar Rumah, Cuma Mesej Bagitahu Tinggal Kunci Kat Dalam, Lepas Tu Terus ‘Block’ Nombor Kita

Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

error: Content is protected !!