Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2024 @ 5:36pm

Walau Diliputi Salju, Kasih Riena Diana & Keith Foo Terus Mekar Di Bumi Auckland

Bumi Auckland menjadi saksi bersemainya cinta penuh magis di antara Riena Diana dan Keith Foo. Dalam pencariannya di tanah asing ini, adakah Riena akan menemui kehidupan yang abadi dan kebahagiaan yang selama ini didambakan?

Penantian kini berakhir! Terbaharu, Tonton Original Series membawakan kepada anda sebuah drama bersiri yang pasti akan mencuri hati penonton, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang menampilkan gandingan mantap dua bintang hangat, Riena Diana dan Keith Foo.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Antara pelakon-pelakon terkenal yang terlibat dalam drama bersiri 28 episod ini selain dari Riena Diana dan Keith Foo adalah Nabil Aqil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Kodi Rasheed, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi. Drama bersiri 28 episod ini boleh distrim mulai 16 September 2024 di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton.

Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland mengisahkan tentang Juraini (Riena Diana), seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan penuh rintangan akibat ketamakan bapanya kepada duit sehingga mengabaikan keluarga mendorongnya untuk melarikan diri dari kampung demi mengejar kebahagiaan dan pencarian jati diri seorang wanita.

Juraini membesar di bawah pengawasan bapanya, Pak Talib yang menggunakan agama untuk memuaskan ketamakannya yang memaksa Juraini untuk berkali-kali mengorbankan dirinya kerana terpaksa menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan Pak Talib.

Dalam dia menghadapi rintangan itu, Juraini telah berkenalan dengan Nathan (Keith Foo). Nathan merupakan seorang lelaki bukan Islam yang berhati mulia dan baik yang berasal dari Auckland. Ketika berputiknya cinta mereka, Juraini berdepan dengan dugaan dan pengkhianatan dari Azman, pengurus tempat kerja Juraini, yang melakukan tindakan mengaibkan terhadap Juraini yang menyebabkan hidupnya kacau-bilau. Dalam keadaan huru-hara, Juraini nekad membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.

Walaupun Juraini telah menetap di kota yang jauh beribu batu dari kampung halaman, peristiwa hitam dan kesedihan yang dilalui masih menghantui dirinya sehingga akhirnya memaksa beliau untuk membuat keputusan mengubah cara hidup.

Drama ini memperlihatkan transformasi Juraini menjadi Joanna sebagai identiti baharu, membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, disebalik kebahagiaan yang dicari dan dikecapi, masih terselit rasa tidak sempurna tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.

Selepas sekian lama meninggalkan tanah air, keluarga Joanna menghantar anak buahnya, Iman (Nabil Aqil) ke Auckland untuk memulakan misi penuh harapan untuk membawa Joanna pulang ke pangkuan keluarga.

Drama ini mengupas konflik dan cabaran penyatuan antara masa lalu dan masa kini, serta persoalan adakah ikatan keluarga mampu disambung semula setelah sekian lama terputus. Mampukah Iman menyatukan Joanna dengan keluarganya yang telah lama terpisah?

Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland adalah adaptasi dari novel Salju Rindu Di Kota Edinburgh, karya Haitun Kamarazaman yang mana kisahnya menyayat hati dan menjanjikan penonton satu pengalaman sinematik yang mendalam dan menyentuh perasaan.

Dengan plot yang mengusik emosi dan watak-watak yang dekat di hati, drama ini pasti akan membuat anda tertunggu-tunggu setiap episod. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan hidup Juraini dalam mencari kebahagiaan di sebalik segala cabaran.

Bersiaplah untuk menyaksikan drama yang penuh dengan debaran dan emosi ini, di mana cinta, keluarga, dan penebusan menjadi intipati kepada sebuah cerita yang pasti tidak akan dilupakan!

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Selebriti Sat, 3 Jun 2023
Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?

Wahhhh Iman dah tak broken ke? Bahagia dengan Adib ekk 🫣😘

Featured Tue, 14 Dec 2021

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam. Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun […]

Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tinggal Anak-Anak Saya Macam Itu Sahaja” – Pembantu Rumah Ezzaty Abdullah Lari Ikut Lelaki Dari Aplikasi ‘Dating’

Pembantu rumah Ezzaty Abdullah melarikan diri dan tinggalkan anak-anak kecilnya begitu saja.

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

MyGameOn Bergabung Dengan SAYS Tech Lancar Kempen ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, Tangani Isu Buli Siber & Kesihatan Mental Dalam Dunia Permainan Video

Kempen ini adalah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu buli siber dan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti pemain video di Malaysia.

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Trending Wed, 9 Oct 2019
error: Content is protected !!