Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 2, 2023 @ 10:14am

Sharnaaz Ahmad Puji Cara Pengarahan Syamsul Yusof & Syafiq Yusof – “Dua Ni Is Hard To Find”

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memuji kehebatan kedua-dua anak pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof dalam pengarahan filem.

Menerusi video yang tular di TikTok, Sharnaaz yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua pengarah muda itu mengakui mereka memiliki cara dan kepakaran tersendiri dalam menghasilkan filem yang berkualiti.

Menurut Sharnaaz, Syafiq memiliki perwatakan yang sangat teratur dan tenang ketika bekerjasama menerusi filem Polis Evo 3.

“Saya bekerja dengan Syafiq dahulu, kemudian baru-baru ini baru saya bekerja dengan Syamsul. Bila saya kerja dengan Syafiq, dia macam sangat tenang.

“Cara dia bercakap dengan awak sangat berbeza. Dia punya direction tu lebih kepada A,B,C,D (berperingkat), kalau tak faham, apa lagi kau nak. Very simple dan clear. Dia punya penceritaan tu senang cakap very cool,” katanya.

Namun, Sharnaaz turut mengakui cara pengarahan Syamsul menerusi filem The Original Gangster sangat berbeza dan menyifatkan pengarah itu seorang yang ‘perfectionist’.

“Syamsul different and totally different. Bila saya bekerja dengan dia saya nampak macam diri saya. Sangat perfectionist. Dia sangat perfectionist level dia macam kita taknak langsung tengok dia ‘smirk’ bila dia tengok monitor.

“Kau takkan nak tengok muka tu. Kalau boleh nak macam dia tenang je. So cara approached dia tu kita bukan nak impress dia tapi kita nak dia happy. Bila dia happy dia akan tunjuk result tu lepas tu.

“Dia akan panggil kita dan tunjuk sikit je sebab dia edit terus. Dia dah set benchmark for you,” jelasnya.

Kagum dengan kehebatan mereka, Sharnaaz turut memuji bapa mereka, Yusof Haslam kerana telah melahirkan dua permata yang hebat dalam industri perfileman negara.

“Kalau tanya kat saya, dua-dua ni adalah gem dalam industri kita. Satu je saya cakap, Datuk Yusof Haslam lahirkan dua gem yang sangat power dalam kita punya industri.

“Jadi, kalau kau nak Syafiq, dia ada cara dia. Syamsul ada cara dia dan dua-dua power dari semua segi agama punya cerita, gangster atau action ke dua-dua ada trademark masing-masing yang berlainan.

“Kalau tanya mana satu yang bagus, saya tak kisah pun kalau letak Syamsul bagus, Syafiq pun bagus sebab bagi saya setiap orang dia punya dua ni is hard to find tu je.

“Jarang dengar cerita dorang tak meletup. Mustahil sebab dia punya vision is different,” katanya.

@_amirulsuccess29_ Replying to @user3798801472523 ini versi jelas tanpa lagu. Pandangan jujur sharnaaz ahmad kepada syafik yusof dan Syamsul yusof. Dua dua hebat belaka. #syamsulyusoffilm #syafiqyusof #polisevo #polisevo3 #sharnaazahmad #rezapolisevo #zizanrazak #shaheizysam #syafiqkyle #mamu #syamsulyusoffilm #syamsulyusoffilm #inspectorkhai ♬ original sound – _Amirul Success _

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Hiburan Tue, 19 May 2026

Single ‘Berdiri’ Bawa Kisah Kekuatan, Athierah Tampil Dengan Buah Tangan Pertama

Penyanyi baharu Athierah kini tampil mempertaruhkan single sulung berjudul Berdiri.

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

Featured Mon, 20 Jun 2022
Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

Fikry Ibrahim dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan hari ini.

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Encik Mimpi Sudah Bersedia Buka Topeng?

Menurut Encik Mimpi, umpama Puteri Gunung Ledang meminta drone dengan kerabat diraja, begitu jugalah dia.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Bukan Niat Nak Elak, Tapi…” – Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Kaka Azraff

Perkahwinan Kaka Azraff dan Adam Azriff didakwa kembali bergolak.

Featured Fri, 28 Apr 2023
error: Content is protected !!