Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 19, 2026 @ 8:05am

Single ‘Berdiri’ Bawa Kisah Kekuatan, Athierah Tampil Dengan Buah Tangan Pertama

Penyanyi baharu Athierah kini tampil mempertaruhkan single sulung berjudul Berdiri, sebuah lagu yang membawa mesej tentang kekuatan diri, keberanian untuk bangkit serta semangat meneruskan kehidupan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Bagi Athierah atau nama sebenarnya Nor Athierah Aqielah Nor Azman, lagu tersebut cukup dekat dengan dirinya kerana banyak berkait rapat dengan pengalaman dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

Menurut penyanyi berusia 22 tahun itu, dia terus merasakan hubungan yang kuat dengan lagu Berdiri sebaik sahaja mendengar melodi dan susunan muziknya buat pertama kali.

“Lagu ini memang sangat dekat dengan diri saya sebab mesejnya tentang kekuatan dan bagaimana seseorang cuba bangkit semula selepas melalui banyak fasa dalam hidup.

“Bila pertama kali dengar demo dan melodinya, saya terus rasa bersemangat. Saya yakin lagu ini ada sesuatu yang boleh sampai kepada hati pendengar,” katanya.

Menariknya, single tersebut turut menemukan Athierah dengan komposer dan penerbit terkenal Ajai yang disifatkannya sebagai pengalaman cukup bermakna dalam perjalanan awal karier seninya.

Menurut Athierah, sepanjang proses rakaman berlangsung, dia banyak mempelajari perkara penting berkaitan penyampaian emosi dan penghayatan sesebuah lagu.

“Bekerja dengan Uncle Ajai memang pengalaman yang sangat berharga buat saya. Banyak perkara saya belajar terutama tentang bagaimana nak sampaikan emosi dengan lebih jujur dan tepat.

“Dia juga sangat teliti ketika proses rakaman. Kadang-kadang perkara kecil pun diberi perhatian supaya hasil akhir benar-benar memberi kesan kepada pendengar. Dari situ saya belajar menyanyi bukan hanya tentang vokal, tetapi juga rasa dan jiwa,” katanya lagi.

Bercerita mengenai minat terhadap bidang nyanyian, Athierah mengakui dia sudah mula meminati dunia seni sejak kecil dan aktif membuat persembahan.

Namun begitu, perjalanan untuk serius dalam industri hiburan bukan sesuatu yang mudah kerana dia turut melalui pelbagai cabaran sebelum diberi peluang merakamkan lagu sendiri.

“Saya memang suka menyanyi sejak kecil. Dari dulu saya aktif dalam seni dan suka buat persembahan.

“Tapi untuk sampai ke tahap sekarang memang banyak pengalaman dan cabaran yang saya lalui. Jadi bila diberi peluang merakamkan Berdiri, saya rasa sangat bersyukur sebab ini peluang besar untuk saya. Tambahan pula dapat bekerjasama dengan Uncle Ajai, memang pengalaman yang cukup bermakna,” katanya.

Dalam masa sama, Athierah berharap dapat terus aktif menghasilkan karya baharu selain mahu mencabar dirinya meneroka pelbagai genre muzik pada masa akan datang.

“Saya harap selepas ini saya dapat hasilkan lebih banyak lagu dan cuba genre berbeza supaya saya boleh berkembang sebagai artis.

“Industri muzik sekarang sangat kompetitif, jadi saya rasa penting untuk terus belajar dan mencari identiti sendiri dalam muzik,” katanya.

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Athierah juga kini sedang melanjutkan pengajian di ASWARA dalam jurusan Teater.

Menurutnya, pengalaman dalam dunia teater dan lakonan banyak membantu dirinya dari segi keyakinan diri, ekspresi emosi serta cara membawa diri ketika membuat persembahan di atas pentas.

Sebagai info, Berdiri yang diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif kini boleh didengari di semua platform digital manakala muzik video rasmi pula tersedia di YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Jul 2021

Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

Pelakon Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan atau ‘rider’. Aktif melakukan kerja kebajikan, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat […]

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Sesi pertemuan Ellie Suriaty dan Imran Bard penentu sama ada teruskan saman atau tidak

Featured Fri, 22 Sep 2023
Kisah Viral Mon, 9 Feb 2026

Gara-Gara Kontraktor, Madam Mariyah Rugi Lebih RM100,000 – “Tak Sampai Hati Nak Kata Ditipu, Tapi…”

Kontraktor yang sepatutnya menyiapkan ibu pejabat baharu Madam Mariyah didakwa gagal melaksanakan kerja seperti dipersetujui.

Trending Sun, 31 Jan 2021

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Wah, bakat baru dalam industri muzik 😍

Trending Mon, 9 Apr 2018

Allahuakbar! Kalimah Allah Di Dahi Bayi Ini…

Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat.

Selebriti Wed, 26 Jun 2024
Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

error: Content is protected !!