Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain April 20, 2022 @ 6:05pm

Setahun Fokus Jaga Anak, Faye Kusairi Kembali Aktif Berlakon

Berdepan dengan penyakit Bell Palsy pada akhir 2020 ketika hamil dan kemudiannya melahirkan anak kedua seminggu selepas itu, pelakon Faye Kusairi kembali aktif di set penggambaran pada tahun 2022.

Fokus rehat selama setahun untuk menjaga anak, Faye mendedahkan dia banyak menolak tawaran bermula hujung 2020 sehingga tahun lalu.

“Saya baru ‘shooting’ semula tahun ini. Setahun saya memang rehat dari kerja kerana nak fokus pada anak. Bila anak dah umur setahun, senang sikit saya nak bekerja semula.

“Banyak juga tawaran dari hujung 2020 hingga tahun lalu semuanya terpaksa ditolak kerana saya nak bersalin, selain kena Bell Palsy.

“Itu belum termasuk bayi ‘melekat’ dengan saya dan risaukan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadinya, tahun ini baru saya dapat ‘shooting’ semula,” katanya.

Selain itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu turut berkongsi kebanyakan drama lakonannya ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

“Bermula Januari lalu, saya terus ‘shooting’ sampai sekarang. Awal Ramadan lalu saya tampil dengan telefilem Adik Kakak di TV3 diikuti dengan Do You Love Me Captain dan sekarang 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3.

“Dah rezeki saya semua drama keluar bulan Ramadan. Semua drama ini sebenarnya dipersetujui sejak tahun lalu. Cuma 7 Hari Mencintaiku 3 sahaja dipersetujui pada 2020 kalau tak silap saya.

“Alhamdulillah selepas raya saya mulakan drama baharu dengan Creative Skill Solution untuk TV9. Nak kata jadual terlampau padat itu tidak, tapi kira okeylah. Apabila dapat cuti, saya memang peruntukan untuk keluarga,” katanya.

Namun, Faye turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila dapat membawakan watak berbeza seperti Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku dan Harlina (Do You Love Me Captain).

“Alhamdulillah, dapat membawakan kedua-dua watak ini. Namun, rasa kekok sebab saya tak berapa yakin bawa watak komedi. Saya tak rasa saya seorang yang pandai hiburkan penonton melalui komedi.

“Namun, saya sebenarnya sukakan watak cacat dalam Adik Kakak kerana jarang dapat watak mendalam sebegitu. Sebagai Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku, memang ramai yang geram dengan dia.

“Jadi, musim ini penonton nak dan jangka Syakila bertaubat dan baik. Memang majoriti teruja dengan semua watak dalam drama ini dan saya sangat berterima kasih terbabit dari musim pertama sehingga terbaharu,” katanya.

Sebelum ini, Faye pernah diuji dengan masalah Bell Palsy pada akhir 2020 hingga menyebabkan sebahagian wajahnya lumpuh ketika mengandung.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad & DJ Lin Meriahkan Syawal Dengan ‘Gurindam Aidilfitri’

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin berganding suara

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Featured Mon, 25 May 2026

Individu Kongsi Senarai Keperluan Wanita ‘High Class’, Ryzal Ibrahim Tampil Respons – “Isteri Saya Cuma Nak Balik Korea Naik Business Class”

Ryzal Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas memberikan respons terhadap perkongsian seorang individu mengenai senarai keperluan wanita yang didakwa bersifat ‘high class’.

Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Thu, 21 Jul 2022

“Tidak Pernah Rasa Diri ‘Dianaktirikan’ Walaupun…” – Fauziah Nawi Akui Tawaran & Peluang Berlakon Semakin ‘Kecil’

Tapi pelakon senior bagi min memang the best! Berlakon hebat, disiplin jangan cakaplah…

Featured Tue, 2 Mar 2021
error: Content is protected !!