Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2018 @ 2:07pm

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga penyanyi Joe Flizzow atas pemergian bapa tercinta, Ishak Nengah yang meninggal dunia pukul 12.35 tengah hari tadi.

Allahyarham berusia 65 tahun dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Universiti sekitar jam 3 pagi tadi selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut syarikat pengurusan Joe iaitu KARTEL Records memberitahu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya dan akan disemadikan di Tanah perkuburan Islam MPSJ USJ22  selepas solat Asar.

“Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018,” kata wakil pengurusan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di SS15, Subang jaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 selepas solat asar.

Terdahulu, bapa kepada penyanyi terkenal itu dilaporkan menghidap penyakit Nasopharyngeal carcinoma (NPC) atau barah hidung.

Bekas pembaca berita TV3 itu meninggalkan seorang isteri, Aishah Ali dan tiga anak, Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 35, dan Iman, 28. Al-Fatihah…

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 9 Apr 2026

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Dorm 403 bersiaran selama 13 episod akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Hiburan Mon, 16 Dec 2024

Famili Duo 4: Persembahan Energetik & Sentuh Jiwa, Shiha Zikir & Ieda Zikir Dinobatkan Juara, Bawa Pulang RM100,000!

Pasangan duo adik beradik, Shiha Zikir & Ieda Zikir rangkul gelaran juara Famili Duo musim keempat!

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikecam Kerana Pakai Emas Ketika Tunai Umrah, Ifa Raziah Sangkal Kejian Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 46, dikecam netizen akibat foto yang dikongsikan ketika menunaikan umrah. Gambar tersebut menunjukkan Ifa sedang berdiri di hadapan Kaabah dan netizen tidak senang duduk apabila melihat barang kemas […]

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

error: Content is protected !!