Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 10, 2019 @ 12:30pm

Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Pantai Phuket Boleh Dikenakan Hukuman Mati?

Terkejut? Tapi itulah peraturan baru yang bakal dikenakan bagi pelancong yang mengambil gambar di kawasan pantai popular di Phuket.

Menurut Timbalan Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Wichit Kaeothaithiam telah memaklumkan menerusi akhbar Bangkok Post, mengambil gambar di Pantai Mai Khao akan dilarang tidak lama lagi.

Walaupun mengambil gambar ‘selfie’ di kawasan pantai tersebut amat terkenal kerana pertembungan yang amat hampir dengan pesawat sehingga menjadikan pulau Mai Khao tempat tarikan utama bagi si kaki ‘selfie’. Namun, ‘laluan selfie’ itu cukup mengganggu juruterbang yang bertugas. 

Justeru itu, Wichit memaklumkan kawasan penghujung pantai berhampiran landasan akan dimasukkan ke dalam zon keselamatan ‘larangan’ yang baharu dibangunkan dan akan berkuat kuasa serta merta.

Tambahnya lagi, pengunjung pantai yang mengambil gambar berisiko akan dikenakan denda berat atau mungkin dijatuhi hukuman mati. 

” Hukuman maksimum ialah, hukuman mati,” Katanya.

Peraturan baharu itu juga adalah berdasarkan penguatkuasaan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Malah penduduk dan pelancong juga digesa mengelak dari menerbangkan dron dan menghalakan lampu suluh ke arah pesawat kerana ianya boleh menganggu pesawat yang datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Trending Sun, 19 Aug 2018

速食变型男谁最帅?肯德基爷爷六块肌hen可以

你有想过麦当劳叔叔或肯德基爷爷,变成美漫风格的插画会是什么样子吗?

Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Mon, 3 Aug 2020

Permohonan Lanjut Moratorium Bermula Jumaat, 7 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang layak mendapat lanjutan moratorium

error: Content is protected !!